Lauk-pauk bazar Ramadan terdedah dihurung lalat



Lauk-pauk bazar Ramadan terdedah dihurung lalat

SEBERANG PERAI – Tindakan pengendali makanan membiarkan lauk-pauk tanpa ditutup sehingga dihurung lalat mengundang padah apabila dikenakan notis kompaun menerusi Ops Bazar di Sungai Dua, Butterworth di sini petang tadi.

Dalam operasi yang dijalankan Cawangan Penguatkuasaan Inspektor Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kira-kira pukul 5 petang, antara kesalahan lain yang turut dikesan termasuklah telur ayam yang digunakan tidak dibasuh dengan bersih selain penggunaan tuala kotor yang boleh menyebabkan pencemaran makanan.

Ketua Unit Cawangan Penguatkuasaan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, sebanyak 25 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan terhadap pemilik, pengendali premis bazar membabitkan kompaun berjumlah RM12,000.

“Berdasarkan pemeriksaan mengejut yang dijalankan, terdapat peniaga meninggalkan makanan jualan mereka begitu sahaja sedangkan sikap itu boleh menyumbang kepada keracunan makanan yang disebabkan oleh lalat.




“Selain itu, ada peniaga yang tidak menitikberatkan pemakaian perlindungan diri (PPE) selain memberi alasan tidak tahu suntikan tifoid wajib diambil.

“Ramai peniaga memandang remeh isu pemakaian PPE dan suntikan tifoid sedangkan itu adalah perkara paling asas bagi individu yang mahu mengendalikan perniagaan makanan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu hari ini. K Online

Lauk-pauk bazar Ramadan terdedah dihurung lalat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.