Beri tahanan Rohingya peluang kerja sementara, cadang Najib

Beri tahanan Rohingya peluang kerja sementara, cadang Najib

Najib Razak mencadangkan agar warga Rohingya yang ditahan di depoh imigresen diberikan pekerjaan sementara.

Menurut bekas perdana menteri itu, langkah itu pada masa sama memberi peluang kepada pelarian berkenaan menyumbang kepada ekonomi negara buat sementara sebelum pekerja asing diambil dari negara lain.

“Kerajaan terus menanggung kos yang tinggi untuk mengawal mereka dalam depoh tahanan,” katanya di Facebook.

Selain itu katanya, kerajaan perlu meningkatkan diplomasi untuk menempatkan mereka ke negara lain secepat mungkin.

“Dari segi kemanusiaan, kerajaan perlu buat sesuatu bagi golongan ini sekiranya UNHCR dan lain-lain negara masih tidak mahu mengambil mereka.

“Tidak adil dan tidak munasabah untuk kita biarkan mereka ditahan bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata, penguat kuasa menahan warga Rohingya selama dua tahun memandangkan proses penghantaran tidak dapat dilakukan kerana kerajaan Myanmar tidak menerima dan mengiktiraf status kerakyatan mereka.

Menurut Hamzah, ia sebagai isyarat Malaysia tidak berkompromi terhadap kumpulan yang memasuki negara ini tanpa dokumen sah dan semua yang ditahan tertakluk kepada undang-undang negara ini. FMT

Beri tahanan Rohingya peluang kerja sementara, cadang Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker