Khemah Besar Pembangkang, Ini pandangan Amanah
JOHOR BAHRU- Pimpinan parti pihak pembangkang perlu berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan pendekatan ‘Khemah Besar’ sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kesepakatan barisan pembangkang cukup penting bagi PRU15 kelak dengan hanya satu musuh utama iaitu Barisan Nasional ( BN).
“Kita perlu ada kesabaran dan semangat, sebab masih ada lagi masa untuk realisasikan ‘Khemah Besar’. Walaupun sebelum ini ketika Pilihan Raya Negeri ( PRN) Melaka, Sarawak dan Johor, kita tidak boleh capai 100 peratus, tetapi itu tidak bermakna kita tidak laksanakan ‘Khemah Besar’.
“Semua parti setuju dengan deklarasi konsep ‘Khemah Besar’ yang mana ia merupakan satu resolusi Port Dickson melibatkan Amanah, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada April tahun lalu. Keputusan deklarasi Port Dickson boleh direalisasikan. Jangan putus asa di tengah jalan” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media di sebuah hotel di Johor Bahru pada Rabu.
Salahuddin ( tengah) beramah mesra dengan pengamal media di Johor pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel pada Rabu.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam kenyataan pada Isnin lalu berkata, pendekatan ‘Khemah Besar’ yang dianjur Amanah tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan iaitu UMNO, Bersatu atau Pas.
Jelasnya juga, Amanah menghormati dan meraikan perbezaan pandangan pelbagai pihak mengenai pendekatan ‘Khemah Besar’ sebagai pendekatan politik Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15, namun kefahaman tepat perlu sebelum perbincangan diadakan.
Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai menambah Memorundum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) telah memberikan banyak kebaikan kepada rakyat yang mahukan kestabilan politik.
“Walaupun MoU terbabit tidak disambung, tetapi perlu dilihat beberapa pindaan perlembangaan dapat dibuat dan tidak mungkin berlaku tanpa MoU tersebut. Antaranya membenarkan undi18 yang membuka peluang kepada pengundi baharu.
“Selain itu akta lompat parti juga dapat diwujudkan yang mana sidang khas akan diadakan pada bulan Mei nanti. Akta ini cukup penting untuk PRU15 kelak,” katanya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ADUN DAP Pasir Berdamar Terrance Naidu Didakwa Ambil Dadah
- Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri
- Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella
- Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA
- Raja Zarith murka ada individu salah guna kurniaan istana
- Najib sekolahkan Kit Siang samakan Malaysia dengan Sri Lanka
- Pengetua sekolah bertunang dengan murid
- Budak 10 tahun mati dihempap pokok 100 tahun
- Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal
- Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO]
- Dedah Perangai Ira Kazar, Suka Kejar Suami Orang
- Isteri Kantoi Curang Ketika Suami Pergi Solat Tarawih [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura
You must be logged in to post a comment.