Lelaki rentung kereta terbakar

ANGGOTA bomba memadamkan kebaran sebuah kereta dalam kejadian di Taman Jaya, Bahau, Jempol pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA

JEMPOL – Seorang lelaki ditemukan rentung di bahagian tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaikinya terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba Bahau, Mohd. Rasul Hashim berkata, dalam kejadian di Taman Jaya, Bahau di sini itu, mangsa dikenali sebagai R. Ramasamy, 42.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.03 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk memadamkan kebakaran. Kami mendapati terdapat seorang mangsa yang maut di tempat duduk pemandu.

“Pihak bomba kemudian melaporkan terdapat mayat yang telah rentung kepada pihak polis yang turut hadir di lokasi kebakaran,” katanya hari ini.

Menurutnya, pasukan penyiasat dari bomba dan polis juga telah hadir ke lokasi kebakaran untuk menjalankan siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker