Kereta Dipandu Terbabas Dalam Cerun, Wanita Terselamat

Kereta Dipandu Terbabas Dalam Cerun, Wanita Terselamat

KAJANG – Bomba berjaya menyelamat seorang wanita selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam cerun sedalam tiga meter di Jalan 19, Sungai Chua di sini sebentar tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 2.25 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terbabas dan terjatuh ke dalam cerun yang dianggarkan sedalam tiga meter.

“Kejadian tersebut melibatkan seorang wanita tempatan berusia 58 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Norazam Khamis, pihaknya telah memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum di hantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan. – KO

Kereta Dipandu Terbabas Dalam Cerun, Wanita Terselamat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker