Tiada rumah terbuka PM hari raya pertama tahun ini

Gambar yang dikongsi Ismail Sabri di laman Facebooknya sebentar tadi.

Majlis itu akan diadakan pada 8 Mei bagi memberi peluang kepada orang ramai meraikan Aidilfitri bersama keluarga, maklum Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memaklumkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya tidak akan diadakan pada hari raya pertama.

Dia berkata, majlis itu hanya akan diadakan pada 8 Mei bagi memberi peluang kepada orang ramai pulang meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing terlebih dahulu.

“Untuk ‘open house’ rasmi perdana menteri di Seri Perdana, biasanya ‘open house’ raya hari pertama, tapi tahun ini tidak.



“Sebab saya nak bagi peluang kepada orang ramai balik kampung dulu, jadi kita buat hari Ahad (8 Mei), balik kampung dulu, balik beraya dulu bersama ahli keluarga sebab sambutan malam pertama raya itu memang meriah dan ditunggu-tunggu,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan jelajah semarak Ramadan di Masjid Mengkarak, dekat Bera, hari ini.

Kira-kira 2,000 penduduk dalam kawasan Parlimen Bera menerima sumbangan daripada Yayasan Petronas melalui program jelajah itu hari ini dan esok.

Ketika ditanya mengenai tradisi balik kampung tahun ini, Ismail berkata tidak ada perubahan arahan kerajaan yang sebelum ini membenarkan orang ramai pulang beraya di kampung halaman mereka.

“Anak-anak boleh balik beraya dengan ibu bapa mereka, dah dua tahun pergerakan pulang (untuk) beraya tidak dibenarkan.



“Bulan puasa pun dah ramai pulang dah, sambutan hari pertama puasa seluruh jalan, ‘highway’ mana-mana jem (sesak) teruk sebab ‘first time’ lepas dua tahun boleh berpuasa, berbuka puasa hari pertama puasa di kampung.

“Walaupun banyak kelonggaran diberikankan (bermula 1 April lalu), masing-masing buatlah (kawalan kendiri) sendiri,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker