Senarai Makanan Ini Mungkin Jadi Puncanya Kenapa Anda Kerap Kentut Memanjang?

Senarai Makanan Ini Mungkin Jadi Puncanya Kenapa Anda Kerap Kentut Memanjang?

MANUSIA mana yang tidak pernah kentut dan ia adalah lumrah namun perbuatan itu sering dianggap tidak sopan apatah lagi jika dilakukan di hadapan orang lain dan mengeluarkan bau busuk.

Tahukah anda, faktor pemakanan juga menjadi penyebab seseorang itu lebih kerap kentut.



Kentut atau dalam bahasa perubatan ‘flatulensi’ merupakan keadaan di mana seseorang mengeluarkan gas melalui anus disebabkan akumulasi gas di dalam perut.

Berikut adalah lima jenis makanan yang boleh menyebabkan seseorang itu kentut dengan lebih kerap.
1. Brokoli, kobis dan sayuran tinggi serat

Sayuran daripada keluarga cruciferous seperti brokoli, kobis dan kobis bunga tinggi dengan kandungan serat. Sayur-sayuran ini sangat baik untuk tubuh namun boleh memicu rasa ingin kentut kerana serat tidak dapat dicerna oleh tubuh.

Majoriti bakteria di saluran pencernaan manusia hidup di bahagian usus besar. Bakteria memiliki keupayaan untuk memanfaatkan serat untuk tenaga tetapi turut menghasilkan gas.



2. Kacang hijau, kacang tanah

Kacang hijau, kacang tanah dan pelbagai jenis kekacang yang lain boleh menghasilkan gas kerana ia mengandungi raffinose atau gula kompleks yang sukar dicerna oleh tubuh.

Raffinose akan masuk ke dalam usus besar di mana bakteria akan memecahkannya dan menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan gas metana melalui kentut.

3. Susu, yogurt dan produk tenusu

Meskipun tidak memiliki intoleransi laktosa, pengambilan susu mahupun produk tenusu akan membuatkan seseorang kentut. Keadaan itu berlaku disebabkan penghasilan gas melalui kandungan gula dalam susu.



Seiring dengan pertambahan usia, seseorang lebih cenderung menghasilkan lebih sedikit enzim laktase yang membantu memecahkan laktosa atau gula dalam susu.

Ketika ia tidak dicerna, laktosa boleh menyebabkan penghasilan gas.

4. Epal, mangga

Buah juga boleh memicu penghasilan gas dan kentut. Buah yang mengandungi fruktosa, sorbitol dan serat larut air biasanya akan menyebabkan gas.



Antara buah-buahan yang menghasilkan lebih banyak gas adalah epal, mangga, limau, pir, tembikai dan sebagainya.

5. Makanan ‘sugar free’

Label sugar free sering menjadi pilihan kerana dikatakan lebih menyihatkan namun sebenarnya produk bebas gula ini boleh menyebabkan seseorang lebih kerap kentut.

Produk bebas gula biasanya menggantikan gula dengan pemanis buatan seperti sorbitol, erythritol dan xylitol. Pemanis buatan tidak mampu diserap oleh usus.



Senarai Makanan Ini Mungkin Jadi Puncanya Kenapa Anda Kerap Kentut Memanjang?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker