Jo Don lebih mafia dari mafia

Jo Don lebih mafia dari mafia

PELAKON popular Remy Ishak teruja apabila siri drama bergenre komedi ‘mafia’ Malaysia pertama lakonannya iaitu Keluarga Baha Don kembali menemui penonton menerusi edisi ketiga di platform penstriman VIU.

Remy yang memegang karakter sebagai Jo Don berkata, banyak babak menarik yang bakal memberi nafas baharu dalam siri drama berkenaan.



“Edisi kali ini lebih menyeronokkan kerana penonton tidak akan puas dengan setiap babak.

“Ada banyak karakter yang mencuit hati, sekali gus memberi banyak warna. Saya yakin, penonton pasti terus mahukannya lagi,” katanya.

Keluarga Baha Don 3 bersambung daripada babak tergantung

ketika musim kedua lalu, di mana Bobby Bachan, lakonan Fikry Ibrahim mengeluarkan ancaman berat untuk memusnahkan Keluarga Baha Don.



Musim ketiga yang mempunyai 10 episod ini turut menyaksikan Jo Don (Remy) menzahirkan elemen mafia dalam dirinya untuk menewaskan musuh ketat keluarganya, bersama barisan pelakon terkenal lain dalam siri ini iaitu Khir Rahman, Jihan Muse, Susan Lankester, Othman Hafsham, Nam Ron, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Pelakon baharu yang diperkenalkan termasuk Puan Sri Tiara Jacquelina, Elizabeth Tan, Vicha Saywho dan Datuk Jalaluddin Hassan juga bakal menambahkan seri dalam siri komedi ini dengan watak mereka yang unik dan tidak boleh dilupakan.

Tambah Remy lagi, banyak momen indah dan menarik yang ditempuhinya sepanjang proses penggambaran drama Keluarga Baha Don 3.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


“Antara momen yang saya tak dapat lupakan adalah ketika hujan kerana penggambaran perlu dihenti serta-merta, terutama untuk babak yang dibuat dalam sebuah kafe di Hulu Langat.

“Apabila kita berlakon sesuatu karakter dan tenaga itu tiba-tiba menurun ketika penggambaran terpaksa dihentikan seketika. Kadang-kadang, ada juga bunyi orang tebang pokok. Justeru, tenaga semangat itu jadi turun naik.

“Momen terbaik pula apabila semua barisan pelakon dapat berlakon bersama. Kami seperti sebuah keluarga sangat besar. Kiranya, dah bukan Keluarga Baha Don lagi, apabila karakter baharu datang kerana ia seperti sebuah festival,” katanya.



Berpeluang berlakon di samping Tiara, Remy akui dia berasa amat seronok kerana dapat berkongsi satu drama dengan insan hebat.

“Saya gementar ketika jumpa Tiara. Ketika musim kedua, saya selalu gemuruh nak bersama barisan pelakon yang semuanya saya anggap hebat dan berkaliber.

“Energi mereka mengagumkan seperti Susan, Nam Ron, Sabri Yunos dan Khir. Mereka semuanya legenda buat saya, tapi apabila Tiara pula masuk dalam musim terbaharu kali ini, kami berkongsi banyak adegan bersama,” katanya. HM

Jo Don lebih mafia dari mafia




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker