Kereta dilanggar keretapi di Pelabuhan Johor

Kereta dilanggar keretapi di Pelabuhan Johor

Sebuah kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terlanggar sebuah kereta di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, di sini, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada jam 9.40 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa kereta api dengan 31 wagon yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun itu sedang dalam perjalanan dari stesen Pasir Gudang menuju ke stesen Pelabuhan Johor.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan memasuki pintu utama Pelabuhan Johor,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit yang tidak perasan dengan pergerakan kereta api di hadapannya, dan kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular video berdurasi 40 saat di Facebook memaparkan sebuah kereta Perodua Axia bergerak ke arah pintu besar pelabuhan berkenaan dan kemudiannya dilanggar kereta api. Sinar

Kereta dilanggar keretapi di Pelabuhan Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker