Jirus air panas, pijak sampai kaki patah
Jirus air panas, pijak sampai kaki patah
SEREMBAN – Kes penemuan mayat wanita dan tulang dipercayai milik seorang kanak-kanak di daerah ini pada bulan lalu terungkai selepas seorang lelaki dan anak gadisnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Tertuduh, Khalid Redza Shuib, 41, dan anaknya yang berusia di bawah 18 tahun didakwa atas pertuduhan membunuh Hanan Hasrul Izwan, 5.
Mereka mengangguk faham bagi pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Salleh.
Dua beranak itu didakwa secara bersama-sama telah menyebabkan kematian mangsa di alamat No.518-1, Jalan Temiang, Taman Nee Yan pada pukul 7 malam, 3 Mac lalu.
Di Mahkamah Majistret berasingan, Khalid Redza didakwa membunuh teman wanitanya, Meriamah Abdullah Basam, 29, di lokasi sama pada 15 hingga 17 Mac lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 tahun dan sebatan jika tidak dikenakan hukuman gantung.
Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rushan Lutfi Mohamed, Khalid Redza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan wanita lain iaitu Siti Syarifah Aibiddin, 35, dan mengabaikan anak wanita itu, Sufiy Hasrul Izwan, 20 bulan.
Khalid Redza didakwa dengan sengaja menyimbah air panas sehingga menyebabkan kulit Siti Syarifah melecur.
Lelaki itu dituduh mengabai Sufiy Hasrul di lokasi sama pada 1 Disember 2020 dan 23 Mac lalu.
Peniaga kecil-kecilan itu bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Siti Syarifah.
Khalid Redza dilihat menangis di dalam kamar tertuduh semasa membuat pengakuan tersebut.
Mengikut fakta kes, terdapat luka baharu dan lama yang telah sembuh seakan-akan melecur dialami mangsa berulang kali pada masa yang berbeza.
Selain itu, terdapat luka melecur di bahagian belakang mangsa bentuk bersegi seolah-olah ditekap dengan objek panas selain patah tulang femur sebelah kanan. Pada mukanya pula terdapat luka-luka kecil.
Berdasarkan keterangan, saksi mengesahkan terdapat kejadian pukul ke atas mangsa selain kakinya dipijak secara berulang kali sehingga patah sepanjang tempoh wanita itu tinggal di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, peguam pemerhati, Datuk Hanif Hassan yang mewakili keluarga Siti Syarifah memohon mahkamah supaya dibenarkan mendapatkan kenyataan impak daripada mangsa sebelum hukuman dijatuhkan.
“Saya dimaklumkan mangsa (Siti Syarifah) masih dirawat di hospital. Mangsa juga boleh dikecualikan hadir dan memberikan kenyataan secara bertulis kepada mahkamah,” kata beliau.
Mahkamah menetapkan 27 April ini untuk mangsa mengemukakan kenyataan impak dan menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.
Pada 7 April lalu, dilaporkan mengenai penemuan tengkorak, geraham dan cebisan tulang selepas melakukan soal siasat terhadap suspek utama kes penemuan mayat wanita di Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah pada 20 Mac lalu.
Suspek dibawa ke kawasan belukar berdekatan tangki air untuk menunjukkan lokasi mayat kanak-kanak tersebut ditanam.
Tulang itu dijumpai kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa ditanam dalam keadaan bertaburan ditutupi dengan daun kering dan pokok kecil. K Online
Jirus air panas, pijak sampai kaki patah
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji