6 Ganjaran Orang Berpuasa, Pahala Besar Dari Allah SWT

6 Ganjaran Orang Berpuasa, Pahala Besar Dari Allah SWT

Ibadah puasa bukanlah perkara asing bagi umat Islam di seluruh dunia. Sama ada berpuasa di bulan Ramadan, puasa ganti atau puasa sunat sudah menjadi amalan yang sebati dalam diri untuk dilakukan.

Banyak manfaat ganjaran pahala besar diperoleh buat individu yang berpuasa seperti penjelasan Ustaz Wadi Annuar di bawah. Ganjaran pahala yang digandakan oleh Allah S.W.T tiada kerugian buat hamba-Nya.

Baca juga: Jangan Terlepas Untuk Minta 8 Doa Ini 10 Minit Sebelum Masuk Waktu Berbuka!

USTAZ WADI ANNUAR KONGSI 6 GANJARAN ORANG BERPUASA, PAHALA BESAR DARI ALLAH SWT

GANJARAN BAGI ORANG YANG BERPUASA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu dari Nabi ﷺ beliau bersabda, “Semua amalan Bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku (Allah), dan Aku lah yang membalasnya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada harumnya minyak wangi.” Sahih Bukhari – 5472

PENGAJARAN HADIS BOLEH DIDAPATI…

1- Allah memberikan ganjaran pahala yang besar kepada orang yang berpuasa. Kerana ibadat yang lain digandakan sekali, 10 kali atau 700 kali ganda pahala.

2- Manakala pahala puasa, terserah kepada Allah menentukannya. Ini menunjukkan betapa besarnya pahala ibadat puasa.

3- Menurut Imam al-Qadhi Iyadh maksud bau mulut yang lebih wangi dari kasturi ini akan berlaku di akhirat kelak.

4- Tidak perlu dibimbangi dengan bau mulut yang sedang berpuasa kerana Allah menyukai orang yang berpuasa. Kerana di sisi Allah, ianya wangi.

5- Namun digalakkan kita menggosok gigi sebelum tergelincirnya matahari untuk menjaga kebersihan mulut. Makruh sekiranya kita menggosok gigi selepas waktu tergelincirnya matahari. Dan makruh juga sekiranya kita berkumur-kumur secara berlebihan.

6- Kesimpulan hadis di atas menunjukkan bahawa Allah memuji orang yang berpuasa, jadi kita sebagai hamba-Nya sentiasalah berdoa supaya Allah menerima amalan ibadat puasa kita ini.

Sumber: Facebook Ustaz Wadi Annuar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker