Ismail adakan majlis berbuka puasa bersama menteri kabinet, MB, duta asing
Ismail adakan majlis berbuka puasa bersama menteri kabinet, MB, duta asing
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu berbuka puasa bersama menteri kabinet, menteri besar, ketua menteri, timbalan menteri serta duta-duta asing di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut disertai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan pegawai tertinggi kerajaan.
Antara yang hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 35 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Al-Faeez di Gombak, Selangor dan Ismail Sabri turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama mereka.
Beliau kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah. Sinar
Ismail adakan majlis berbuka puasa bersama menteri kabinet, MB, duta asing
Baca Artikel Menarik:
- Gumpal rambut dalam tepung pelita
- Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak: Kerani Dipenjara 6 tahun, Denda RM6,000
- Bekas CEO Astro Rohana Setuju Pulangkan Aset Berkaitan Kes 1MDB
- Ibu Paksa Anak Gadisnya Buat Hubungan Seks Dengan Bapa Tiri, Pasangan Durjana Ini Dipenjara
- Roti John ‘Rentung’, peniaga tipu pembeli, hatinya tidak bersih
- Wisma Putra siasat isu rakaman suara seorang individu kepada “Datin”
- Denda RM7.7 juta jika tanam pokok Guarana Brazil
- Maut terjatuh ketika bergambar di Blue Lagoon
- Tumpu ibadat bulan puasa, Isham sindir Anwar
- Kisah Seorang Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina Dan Orang Kaya
- Asap hitam keluar daripada anak patung serang kucing
- Tauke Jambu didakwa miliki dadah bersama 4 rakan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET