Perkahwinan anak David Beckham ‘paling membazir’

NEW YORK, NEW YORK – SEPTEMBER 13: Brooklyn Beckham and Nicola Peltz attend The 2021 Met Gala Celebrating In America: A Lexicon Of Fashion at Metropolitan Museum of Art on September 13, 2021 in New York City. Theo Wargo/Getty Images/AFP (Photo by Theo Wargo / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

LONDON: Perkahwinan anak sulung pasangan selebriti David dan Victoria Beckham, Brooklyn dengan pelakon Nicola Peltz mengundang kecaman ramai selepas keluarga pengantin sanggup menghabiskan AS$3.5 juta (RM14.8 juta).

Majlis perkahwinan pasangan mempelai Brooklyn, 23 dan Peltz, 27, berlangsung di rumah agam milik keluarga pengantin perempuan di Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat.

Rumah agam itu bernilai AS$103 juta (RM435 juta) yang dimiliki jutawan Yahudi, Nelson Peltz yang merupakan bapa kepada pengantin perempuan.

Majlis penuh romantik itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal termasuk Eva Longoria, Mel C serta bintang tenis dunia, Serena Williams.



Bagaimanapun, perkahwinan itu mengundang kecaman warga maya kerana perbelanjaan terlampau mewah itu sepatutnya boleh disumbangkan kepada individu yang sangat memerlukan.

Seorang pengguna mencadangkan supaya Beckham mendermakan wang kepada pemain bola sepak Manchester United, Marcus Rashford.

“Jumlah wang tidak masuk akal digunakan untuk perkahwinan ini. David Beckham sepatutnya membantu Rashford supaya memiliki kehidupan lebih baik.

“Beckham berasal dari East End dan dia sepatutnya lebih maklum. Perkahwinan melibatkan kos cecah AS$3 juta sangat tidak wajar,” katanya dalam Twitter.



Pengguna lain pula mempersoalkan jumlah duit yang dibelanjakan sedangkan rakyat negara lain merana akibat peperangan.

“Bayangkan majlis perkahwinan jutaan dolar diadakan ketika peperangan di Ukraine masih berlangsung.

“Perkahwinan ini adalah sampah kerana membelanjakan wang begitu banyak semasa orang lain kelaparan. Ini sangat memalukan dan menjijikkan,” katanya.

Seorang pengguna media sosial turut mempersoalkan majlis perkahwinan penuh gilang-gemilang ketika Brooklyn tidak mempunyai pekerjaan.



Brooklyn dilaporkan mula bercinta dengan Peltz pada Oktober 2019 sebelum mengumumkan secara rasmi hubungan mereka pada Januari 2020.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan kurang setahun selepas menjalin percintaan.

Sebelum ini, Brooklyn dan Peltz, dilaporkan menandatangani perjanjian praperkahwinan bernilai tiga juta pound (RM16 juta) menjelang majlis perkahwinan mereka.

Perjanjian itu dibuat untuk melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai 380 juta pound (RM2.9 bilion).-AGENSI




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan



Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker