DAP calonkan seorang lagi anak Kit Siang sebagai calon

Anthony mengumumkan seorang lagi anak Kit Siang, Senator Lim Hui Ying yang juga adik kepada Lim Guan Eng akan bertanding di kerusi Parlimen Tanjong yang sebelum ini disandang Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam masa sama, DAP menampilkan calon muka baharu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid yang akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bendera selepas penyandangnya Wong Hong Wai tidak mempertahankan kerusi berkenaan.

Sementara itu, tiga kerusi Parlimen lain di Pulau Pinang menyaksikan penyandangnya kekal bertanding di situ.



Kerusi-kerusi berkenaan ialah Parlimen Jelutong yang diwakili oleh RSN Rayer, Bukit Gelugor (Ram Karpal) dan Bukit Mertajam (Steven Sim).

Pada PRU14, DAP Pulau Pinang bertanding tujuh kerusi Parlimen iaitu di Tanjong menerusi Kon Yeow, Bagan (Lim Guan Eng), Bukit Mertajam (Steven Sim), Batu Kawan (P. Kasthuriraani), Bukit Bendera (Wong Hon Wai), Jelutong (RSN Rayer) dan Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh).

Pengumuman calon Parlimen DAP di Pulau Pinang dibuat pada Majlis Konvoi Harapan di Persiaran Karpal Singh, di sini, pada Ahad.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker