Kalau Mamat Khalid masih hidup, usianya 59 tahun hari ini

PETALING JAYA – Sekiranya sutradara prolifik, Allahyarham Mamat Khalid masih hidup, beliau akan menginjak usia 59 tahun hari ini.

Tanggal 6 April, merupakan hari ulang tahun ke-59 pemilik nama lengkap Mohamad Mohamad Khalid itu yang meninggal dunia pada 24 Oktober tahun lalu disebabkan serangan jantung.

Anak keempat Allahyarham, Amen Khalid menerusi Instagram memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen ringkas namun penuh makna.



“6/4/1963. Saya harap anda di sini. Ini merupakan gambar terakhir sambut hari jadi papa, I miss you (saya rindukan anda),” tulis Amen, 27.

Amen turut mengenang status yang dimuat naik pada tanggal hari ini tujuh tahun lalu bersempena ulang tahun kelahiran bapa tersayang.

“Anda merupakan antara antara orang paling penting dalam hidup  dan saya sayang anda dengan seluruh jiwa raga.

“Anda adalah hero, inspirasi, lelaki yang saya sangat-sangat pandang tinggi dan ingin ikut jejak langkah.



“Tiada kata yang mampu diucapkan betapa istimewanya tempat anda dalam hati ini,” coret Amen yang merupakan pengarah karya terakhir Allahyarham Mamat, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

 

Dalam pada itu, di gelanggang Twitter, ramai dalam kalangan peminat mengenang pemergian sutradara hebat tersebut.



“Antara kata-kata Allahyarham Mamat Khalid yang patut dihadam oleh semua pembikin filem: apabila kita nak buat filem, tanggungjawab kita bukan takat buat filem. Dia jauh dari itu. Kita kena fikir apa kesan filem kita.

“Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Allahyarham yang ke-59. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah,” tulis seorang pengguna Twitter.

Mamat Khalid meninggal dunia pada usia 58 tahun disebabkan serangan jantung di Hospital Slim River, Perak pukul 12.30 pagi, tahun lalu.

Allahyarham dilaporkan rebah di restoran miliknya, Sarang Art Hub di Tangjung Malim dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Paloh, Ipoh pukul 2.25 petang.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker