Ismee Ismail akui silap pengurusan 1MDB dalam ‘pelaburan’ mencurigakan – Ismee

Bekas ahli lembaga pengarah 1MDB Ismee Ismail bersetuju bahawa ‘cap jari’ Najib Razak tidak kelihatan berhubung dengan ‘pelaburan’ dana firma pelaburan negara yang berjumlah AS$2.3 bilion dalam sebuah dana di British Virgin Islands.

Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian semasa diasak oleh peguam bekas perdana menteri itu pada prosiding rasuah membabitkan dakwaan penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB hari ini.

Ismee juga bersetuju dengan peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah apabila diajukan jika ada terdapat tanda-tanda bahawa Najib – selaku pengerusi lembaga penasihat firma pelaburan negara itu – terlibat dalam transaksi yang mencurigakan itu.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mendengar keterangan mengenai ‘pelaburan’ mencurigakan sebanyak AS$2.3 bilion dalam Brazen Sky Ltd, yang diperbadankan di BVI.

Pihak pendakwaan sebelum ini merumuskan bahawa pelaburan yang dikatakan itu adalah sebahagian daripada jejak kewangan berbelit-belit dengan tjuan menyalurkan dana berkenaan ke dalam akaun peribadi Najib.

Mereka juga mengandaikan bahawa jejak kewangan ke Brazen Sky itu adalah sebahagian daripada fasa pertama daripada empat fasa.

Semasa disoal balas oleh Shafee hari ini, Ismee bersetuju bahawa pihak pengurusan – di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi – silap menangani isu pelaburan oleh Brazen Sky.



Shafee: Adakah kamu nampak mana-mana cap jari pelanggan saya, dengan cara pengurusan yang silap mengendalikan perkara ini?

Ismee: Tidak ada.

Bekas ahli lembaga pengarah 1MDB itu juga memberi keterangan bahawa pengurusan firma pelaburan negara itu seolah-olah bertindak atas arahan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa penglibatan Low dalam urusan 1MDB adalah atas kuasa Najib.



Peguam bekas perdana menteri itu mendakwa tertuduh tidak mengetahui tentang salah laku dan penyelewengan di 1MDB adalah sebenarnya didalangi oleh Low dan beberapa ahli pengurusan firma itu.

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Selain adalah perdana menteri pada masa kesalahan yang didakwa itu, Najib juga adalah menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.



1MDB dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker