Debat Auta Rafizi Anwar Vs Debat Fakta Najib Razak

Oleh Nurul Aishah

SEBENARNYA rakyat sangat tertunggu-tunggu untuk melihat bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak mematahkan auta Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli mengenai usaha menyelamatkan (bail out) syarikat Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).

Perkara tersebut akan menjadi kenyataan memandangkan Anwar Ibrahim menerima cabaran Najib Razak untuk berdebat. Kita bakal menyaksikan Anwar yang berpendidikan Pengajian Melayu di Universiti Malaya dan Datuk Seri Najib yang memegang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri di Universiti Nottingham berdebat mengenai Sapura Energy.

Ahli parlimen Port Dickson dan Presiden PKR yg berpendidikan sastera Melayu itu turut mengiringi kesanggupan berdebat dengan serangkap pantun:

Tuan Puteri pergi ke Lukut,
Bawa pulang kacang panjang;
Sedikit pun hamba tak takut,
Kalau berani turun gelanggang.

Menurut Rafizi pada Mac lalu, Najib – sebagai perdana menteri ketika itu – gagal menjaga kepentingan institusi awam melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) yang menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut.

Perlu kita tahu dakwaan Rafizi tersebut songsang sama sekali memandangkan ketika CEO Sapura Energy dibayar dengan gaji lumayan sebelum tahun 2019, syarikat tersebut adalah syarikat swasta yang juga dibina dan dimiliki CEO tersebut untuk menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dalam dunia.

Ianya bukan GLC dan tidak di bawah pengawasan dan pengawalan Datuk Seri Najib semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Syarikat swasta yang bayar gaji, shareholders dan lembaga pengarah swasta yang meluluskan gaji dan pampasan bagi pengurusannya. Sekiranya mereka mahu bayar RM1 bilion setahun pun bukan masalah kerajaan selagi pemegang-pemegang saham dan lembaga pengarah Sapura izinkan. Ianya tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Ramai berpendapat Rafizi bukan “level” Bossku untuk dia berdebat. Rafizi cuma mahu menumpang “glamour” Bossku sahaja selepas dia menghilang selama empat tahun supaya dia dapat mencari publisiti semula untuk melawan Saifudin Nasution dalam pemilihan PKR. Sepatutnya sebelum dia berdebat dengan Bossku lebih baik Rafizi berdebat dengan Saifuddin Nasution dahulu.

Kenyataan Anwar yang kononnya Najib memilih untuk mencabarnya setelah beliau gagal menjawab sanggahan Rafizi mengenai kemelut bail out Sapura itu juga dilihat sangat “melalut” kerana Datuk Seri Najib telah menjawab semua persoalan tersebut dengan sangat berhemah bersama fakta-fakta kukuh.

Debat ini merupakan satu platform yang sangat baik untuk melihat bagaimana Datuk Seri Najib mematahkan segala auta yang menjadi “makanan” Rafizi dan Anwar.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker