Langkah terdesak Muhyiddin

Langkah terdesak Muhyiddin

Cadangan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kepada Dr Mahathir Mohamad agar partinya dan Pejuang bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang (PRU15) bunyinya seperti langkah terdesak untuk kekal relevan dari segi politik, kata penganalisis.

Ia juga menunjukkan sejauh mana Muhyiddin bersedia untuk menewaskan Barisan Nasional (BN), kata Anantha Raman Govindasamy daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Hubungan kedua-dua bekas Perdana Menteri itu retak ekoran Langkah Sheraton pada Februari 2020, yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Mahathir adalah Pengerusi Bersatu pada masa itu tetapi kemudiannya dipecat daripada parti.

Anantha berkata, kekalahan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini memaksa Muhyiddin mengambil “langkah terdesak”.

Katanya, Muhyiddin mungkin percaya Mahathir mempunyai aura untuk menarik orang Melayu yang anti Umno, dan boleh memimpin kumpulan sedemikian.

Beliau berkata, Muhyiddin membuat pertaruhan politik dengan mencadangkan pakatan antara dua parti berasaskan Melayu itu, tetapi Mahathir telah menjelaskan pendiriannya dalam secara terbuka menolak cadangan Muhyiddin.

Azmil berkata, ia adalah “langkah terdesak terakhir” Muhyiddin kerana Perikatan Nasional (PN) tiada sekutu lain untuk menarik pengundi Melayu.

Katanya, golongan bukan Melayu dan Melayu liberal tertarik dengan Mahathir. Kerjasama antara kedua-dua parti itu boleh menarik sebahagian daripada undi ini kepada PN, dan Mahathir mungkin masih mempunyai pengaruh di Kedah, negeri yang penting dalam nusa teras Melayu.

Bagaimanapun, Anantha berkata, penolakan Mahathir tidak akan menjejaskan kedudukan Muhyiddin sebagai ketua parti kerana beliau adalah satu-satunya pemimpin Bersatu yang diterima oleh ahli Bersatu dan parti komponen lain dalam PN.

“Pemimpin seperti Azmin Ali dan puaknya (bekas ahli PKR) tidak disenangi oleh sebahagian besar parti. Tanpa Muhyiddin, sukar untuk Bersatu menerajui PN,” katanya. FMT

Langkah terdesak Muhyiddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker