Sabah terluka! Undi popular terhadap Warisan semakin merosot akibat Mohamaddin Ketapi

Sebelum ini Presiden Warisan, Shafie Apdal telah meminta penjelasan daripada pemimpin partinya, Mohamaddin Ketapi, berhubung kenyataannya berkait pencerobohan Lahad Datu.

Selepas membuat kenyataan kontraversi mengenai anggota keselamatan dan petugas kesihatan dalam satu kempen parti warisan mantan menteri PH berkenaan dikatakan teruk dikecam oleh nitizen dan juga rakyat malaysia.

Malah ramai pemimpin negara juga menyatakan bantahan tentang ucapan beliau yang jelas menghina pasukan keselamatan. ATM dan PDRM juga dikatakan terkesan dan terluka apa lagi waris – waris mereka yang telah terkorban yang terlibat secara langung dalam tragedi hitam negara berkenaan.

Sehingga hari ini terdapat 35 laporan polis dibuat diseluruh negara atas ucapan berkenaan.

Artikel Berkaitan : Mohammadin hina pasukan keselamatan lawan dengan ayam dan anjing di Lahad Datu 

Artikel Berkaitan : Peristiwa Lahad Datu: Isteri kehilangan suami, anak kehilangan ayah itu Sandiwara? [Video]

Bekas menteri persekutuan mendakwa pasukan keselamatan mengebom “kelapa sawit dan rumah”, dan pasukan di darat “berperang dengan ayam dan anjing”.

Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan dikatakan marah atas ketelanjuran mantan menteri berkenaan. Sehinggakan hari ini Presiden Warisan berkenaan terpaksa meminta maaf kepada anggota keselamatan, anggota keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan pemimpin kanan parti berkenaan.

Tinjauan sehingga petang ini mendapati undi popular terhadap Warisan semakain merosot ekoran daripada kenyataan Mohamaddin berkenaan manakala undi popular bagi GRS khususnya BN semakin meningkat dengan positif.

Artikel Berkaitan : Giliran Covid-19 dituduh sandiwara, Bertabahlah Petugas Kesihatan dan Barisan Hadapan [Video]

Ini memberi semangat tambahan kepada calon – calon GRS yang nyata diterima rakyat secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun pokok pangkalnya GRS khususnya BN akan kembali menerajui Sabah dengan agenda pembangunan yang lebih hebat jika rakyat Sabah memberikan mandat yang jelas dalam PRN kali ini.

Yeop Karai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker