Saya tak akan sapu sampah ke bawah karpet – Saarani

Saya tak akan sapu sampah ke bawah karpet – Saarani

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan beliau tidak akan menghalang siasatan atau menyembunyikan kebenaran dalam isu penjualan tanah untuk cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Katanya, tindakan lanjut termasuk siasatan dalam isu berkenaan hanya akan dijalankan jika aduan serta laporan mengenainya dibuat kepada pihak berkuasa.



“Sudah menjadi prosedur, siasatan dibuat pihak berkuasa mesti berasaskan aduan atau laporan. Jadi terpulanglah kalau kata nak buat aduan atau laporan, biarlah pihak berkuasa yang menyiasatnya dan saya tidak akan ‘sapu sampah ke bawah karpet’ (menyembunyikan kebenaran).

“Saya tidak akan halang dan menyembunyikan apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kepada 58 penerima di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Datuk Asmuni Awi bahawa penjualan tanah berkeluasan ribuan ekar itu kepada syarikat swasta adalah di luar pengetahuan EXCO kerajaan negeri ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Asmuni yang juga seorang daripada EXCO kerajaan negeri di bawah Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika pentadbiran negeri diterajui PH, mendakwa sepanjang menyandang jawatan itu, penjualan terbabit tidak pernah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat EXCO untuk diluluskan.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu turut mendakwa tindakan terbabit langsung tidak diketahui sehingga perkara itu dibangkitkan menerusi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming pada Selasa lalu yang kemudiannya disahkan oleh Saarani.

Saarani menjelaskan, beliau tidak menjawab soalan mengenai isu pada persidangan DUN, sebaliknya hanya melalui sidang media kerana ia dibangkitkan oleh petugas media ketika di Bota, Parit, semalam.

“Pemberita tanya saya semalam sewaktu sidang media di Bota kerana ia berkait rapat dengan rancangan pembangunan Seri Iskandar yang cadangan mengenai lapangan terbang itu adalah dalam kawasan berkenaan. Ketika itu, ramai yang bercakap dan bertanya mengenainya.

“Bila dari awal kita umumkan berkenan lapangan terbang itu, orang Parit khususnya Seri Iskandar sangat gembira, maka apabila pemberita tanya terperinci kepada saya, saya jawablah.



“Namun hendak atau tidak, Perak mesti ada lapangan terbang antarabangsa sendiri untuk penuhi permintaan sektor pelancongan selain industri yang semakin banyak masuk ke negeri ini,” katanya.

Saarani berkata, sememangnya tapak yang baharu bagi menggantikan tanah yang sudah dijual antara 2018 hingga 2019 itu perlu dicari, namun setakat ini belum berhasil kerana memerlukan keluasan agak besar. BH

Saya tak akan sapu sampah ke bawah karpet – Saarani


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker