Peniaga Diingat Jangan Amalkan Gantung Tangkal, Tabur Syiling…Pelaris Dilarang Dalam Islam!
Peniaga Diingat Jangan Amalkan Gantung Tangkal, Tabur Syiling…Pelaris Dilarang Dalam Islam!
PERNIAGAAN merupakan pekerjaan mulia dalam usaha mencari rezeki malah Islam menggalakkan umatnya berusaha memperoleh pendapatan antaranya melalui bisnes.
Allah berfirman dalam Surah al-Jumu’ah (Maksudnya): Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada al-Miqdam R.A, Rasulullah SAW bersabda;
Maksudnya: Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang itu, lebih baik daripada ia memakan makanan yang hasil dari usaha tangannya sendiri dan sesungguhnya adalah Nabi Allah Daud AS memakan makanan yang hasil dari usaha tangannya sendiri. [Riwayat al-Bukhari]
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah terlibat dalam bidang perniagaan secara langsung.
Malah sahabat-sahabat besar Baginda sendiri turut terlibat dalam dunia perniagaan sepertimana sahabat Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf.
Zulkifli memberitahu hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kepercayaan khurafat dan syirik.
Meskipun begitu kata Zulkifli, perniagaan yang dilakukan hendaklah mengikut garis-garis dan etika perniagaan yang telah ditetapkan oleh Islam.
“Usaha yang dilakukan hendaklah dipastikan tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Islam. Antaranya peniaga diminta supaya tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT dalam usaha meraih rezeki dan keuntungan dalam perniagaan,” katanya.
Bagaimanapun dalam dunia serba moden hari ini, masih ada segelintir peniaga yang menggunakan pelaris seperti menabur beras, syiling, garam dan seumpamanya dengan tujuan untuk menarik pelanggan.
Jelas Zuklifli, meletakkan benda-benda fizikal sebagai pelaris bagi menarik pelanggan serta melariskan perniagaan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Hal ini kerana pergantungan seseorang akan beralih kepada pelaris, bukannya kepada Allah SWT, ia adalah satu amalan khurafat yang boleh membawa kepada mensyirikkan dan menyekutukan Allah.
“Dalam Islam, perbincangan berkenaan hal ini sering dikaitkan dengan al-tamimah (tangkal). Meletakkan benda-benda fizikal tersebut di premis perniagaan dengan harapan dapat menarik pelanggan dan melariskan perniagaan termasuk dalam perkara menggunakan tangkal,” katanya.
Sesungguhnya Islam melarang sebarang penggunaan tangkal. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud R.A., Rasulullah SAW bersabda:
Jauhi perbuatan syirik dan khurat kerana siksaannya tidak tertanggung.
Maksudnya: Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Siapa yang menggantungkan tangkal, nescaya Allah SWT tidak akan selamatkannya dari tangkal itu. Dan siapa yang memakai azimat, nescaya Allah SWT tidak sempurnakan azimat itu.
Di dalam sebuah hadis yang lain, Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang menggantung sesuatu nescaya dia akan diserahkan kepadanya (benda yang digantung).
Zulkifli berkata, Ibn al-Athir sepertimana dinukilkan oleh Syeikh Mulla ‘Ali Al-Qari, berkata; “Sesiapa yang menggantungkan sesuatu ke atas dirinya daripada pelindung-pelindung, tangkal, dan yang seumpama dengan keduanya dengan beriktikad bahawa kesemua itu mendatangkan manfaat atau menghalang kemudaratan nescaya dia akan diserahkan kepadanya iaitu dia akan dibiarkan bersama benda yang dijadikan pelindung itu dan akan ditinggalkan bersamanya.
Syeikh ‘Atiyyah Saqar dalam fatwanya pernah menyebut: “Sesiapa yang mempercayai sesuatu khurafat seperti kayu kokka (sebagai tangkal pelindung yang) dapat menghindarkan syaitan dan iblis, memurahkan rezeki dan menyembuhkan penyakit, ia adalah pelaku syirik kerana segala itu adalah hak Allah SWT semata-mata.
“Sesungguhnya bukanlah dengan meletakkan objek tertentu itu, yang dapat menarik keuntungan berkali ganda. Akan tetapi, ia dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan kerja keras serta sifat taqwa yang sesungguhnya kepada Allah SWT,” ujarnya.
“Hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kepercayaan khurafat dan syirik dalam usaha kita mencari rezeki yang berkat.
“Sebaliknya, berusahalah dengan cara yang baik serta lazimi dan amalkanlah ayat-ayat Quran di samping bermohon kepada Allah agar dikurniakan rezeki dan keuntungan yang berganda dalam perniagaan,” jelasnya lagi.
Peniaga Diingat Jangan Amalkan Gantung Tangkal, Tabur Syiling…Pelaris Dilarang Dalam Islam!
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun