Imuniti hibrid memberikan perlindungan COVID-19 terbaik

Imuniti hibrid memberikan perlindungan COVID-19 terbaik

Orang yang mempunyai ‘imuniti hibrid’ kerana telah divaksin sepenuhnya dan sebelum ini dijangkiti COVID-19 mempunyai perlindungan paling kuat terhadap virus itu, kata dua kajian baharu hari ini.

Selepas dua tahun pandemik yang telah menyaksikan hampir 500 juta orang dijangkiti dan berbilion-bilion divaksinasi, kajian itu menekankan kepentingan untuk mendapatkan suntikan bagi mereka yang mempunyai imuniti semula jadi selepas pulih daripada penyakit itu.

Satu daripada dua kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet Infectious Diseases menganalisis data kesihatan lebih 200,000 orang pada 2020 dan 2021 di Brazil yang dilanda teruk, yang mempunyai angka kematian COVID-19 kedua terbesar di dunia.

Ia mendapati bahawa bagi orang yang telah pun mendapat vaksin COVID-19 Pfizer dan vaksin AstraZeneca menawarkan 90 peratus keberkesanan terhadap kemasukan ke hospital dan kematian, CoronaVac China mempunyai 81 peratus dan vaksin Johnson & Johnson yang hanya memerlukan suntikan satu dos sebanyak 58 peratus.

“Keempat-empat vaksin ini telah terbukti memberikan perlindungan tambahan yang ketara bagi mereka yang mempunyai jangkitan COVID-19 sebelumnya,” kata pengarang kajian, Julio Croda dari Universiti Persekutuan Mato Grosso do Sul.

“Kekebalan hibrid akibat pendedahan kepada jangkitan semula jadi dan vaksinasi berkemungkinan menjadi norma di seluruh dunia dan mungkin memberikan perlindungan jangka panjang walaupun terhadap varian yang muncul,” kata Pramod Kumar Garg dari Institut Sains dan Teknologi Kesihatan Translasi India dalam satu ulasan yang dikaitkan dengan kajian.

Sementara itu, kajian menggunakan daftar seluruh negara Sweden sehingga Oktober 2021 mendapati bahawa orang yang pulih daripada COVID-19 mengekalkan tahap perlindungan yang tinggi terhadap jangkitan semula sehingga 20 bulan.

Orang yang mempunyai imuniti hibrid dua dos vaksin mempunyai risiko jangkitan semula 66 peratus lebih rendah daripada mereka yang hanya mempunyai imuniti semula jadi.

Paul Hunter, profesor dalam bidang perubatan di University of East Anglia yang tidak terbabit dalam kajian itu, memberitahu AFP bahawa 20 bulan ‘perlindungan yang sangat baik’ daripada imuniti semula jadi adalah ‘jauh lebih baik daripada yang kita jangkakan untuk jadual asal dua dos vaksin’.

Namun, beliau memberi amaran bahawa kedua-dua kajian telah diselesaikan sebelum varian Omicron menjadi dominan di seluruh dunia, dan bahawa ia telah ‘terutamanya menurunkan nilai perlindungan jangkitan sebelumnya’.

Satu kajian di Qatar yang diterbitkan di laman web prapenerbitan medRxiv, minggu lalu memberi gambaran mengenai perlindungan yang ditawarkan oleh imuniti hibrid terhadap Omicron.

Ia mendapati bahawa tiga dos vaksin mempunyai keberkesanan 52 peratus terhadap jangkitan simptomatik subvarian BA.2 Omicron – tetapi jumlah itu melonjak kepada 77 peratus apabila pesakit telah dijangkiti sebelum ini.

Kajian itu, yang belum disemak oleh pengkaji lain, mendapati bahawa ‘imuniti hibrid yang terhasil daripada jangkitan terdahulu dan vaksin penggalak baru-baru ini memberikan perlindungan paling kuat’ terhadap kedua-dua subvarian BA.1 dan BA.2. BH

Imuniti hibrid memberikan perlindungan COVID-19 terbaik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker