Isu video ‘B40’-pensyarah, penuntut sudah selesai
Isu video ‘B40’-pensyarah, penuntut sudah selesai
Dua perkara sudah dipersetujui oleh Pengurusan Eksekutif Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkaitan isu ‘komputer’ dan ‘B40’ membabitkan pensyarah kontrak serta penuntut iaitu tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan atau kontraknya dibatalkan.
Menerusi surat ‘Laporan Kronologi’ isu video tular membabitkan pensyarah UiTM Cawangan Perak, Prof Ts Dr Roshana Takim dan seorang daripadanya penuntutnya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat berkenaan semalam, selepas kedua-dua pihak dipanggil bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan itu terbabit.
Untuk rekod, surat tiga muka surat berkaitan keputusan berkenaan tular di media sosial hari ini.
“Pihak pengurusan UiTM melalui mesyuarat pengurusan eksekutif UiTM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan berikut:
a. Tidak mengambil apa-apa tindakan kerana pensyarah dan pelajar yang terlibat telah bertemu dan berbincang dan mengambil keputusan untuk mengharmonikan keadaan.
b. Menamatkan kontrak pensyarah ini yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan lantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran.
“Namun keputusan UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi,” kata surat berkenaan.
Berdasarkan surat yang tular itu juga, pengurusan UiTM mengarahkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) ke UiTM Cawangan Perak Kampus Sri Iskandar bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang isu terbabit semalam.
Ia mengatakan, proses kenal-pasti penuntut serta kesahihan video yang tular itu dibuat jam 10.30 pagi semalam, di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak.
Ia membabitkan lima penuntut dan hasil temu bual itu, kumpulan penuntut itu mengesahkan video berkenaan (insiden itu) berlaku ketika kuliah minggu kelapan pada semester Oktober 2021 hingga Februari 2022 bagi mata pelajaran ‘Construction Economic and Islamic Finance’ (BCT633) yang diajar oleh Prof Ts Roshana Takim.
Turut serta pada pertemuan itu ialah Roshana sendiri.
Berdasarkan surat itu juga, maklumat penuntut terbabit turut didedahkan yang mana bapanya dikatakan tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan.
Ibunya pula masih ada dan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.
Kakak penuntut terbabit baru menamatkan pengajian dan sudah bekerja manakala adiknya masih menuntut di UiTM Rembau, Negeri Sembilan.
“Penuntut terbabit pula didapati menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.
“Penuntut terbabit juga sudah lulus pada peperiksaan lalu, termasuk bagi kod kursus BCT633.
“Video berkenaan juga bukan direkod dan ditularkan oleh penuntut terbabit sebaliknya dirakam dan dikongsikan oleh pihak lain sehingga tular. Penuntut juga tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video terbabit ditularkan,” katanya.
Menurut surat itu, pertemuan membolehkan pihak berkaitan mendapatkan gambaran jelas isu yang ditularkan.
Ia juga membolehkan pihak berkenaan mendapat perspektif lebih jelas daripada pihak yang terbabit dalam isu berkenaan.
“Pertemuan juga dapat mengharmonikan situasi pihak-pihak yang terbabit dalam isu ini,” katanya. HM
Isu video ‘B40’-pensyarah, penuntut sudah selesai
Baca Artikel Menarik:
- Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina
- Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan
- Yasin beritahu Syed Saddiq segerakan kelulusan ganja untuk perubatan (Video)
- Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi
- Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan
- Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir
- ‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris
- Bumi Tak Bergerak, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’
- Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta
- Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi
- Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah
- Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]