‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris

‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memberi gambaran bahawa hubungan partinya masih baik bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Malah, katanya, beliau secara peribadi juga tidak mempunyai masalah hubungan politik dengan mana-mana kepimpinan atau ahli UMNO termasuk ketika dalam mesyuarat kabinet, mahupun berjumpa di luar.



“Setakat hari ini kita tidak bergaduh dengan UMNO pun. Macam mana kita nak pergi ke pejabat kadi kita duduk baik dengan bini kita, elok je kan, tak ada apa. Saya dengan orang UMNO, tidak kiralah dengan pimpinan kawasan jumpa dekat Rehat & Rawat (R&R), ditambah dalam kabinet lagilah. Orang lain pun sama, macam tiada masalah sama sekali. Sebelah saya duduk di Parlimen atau dalam Dewan Negara pun sama, tiada masalah,” kata Idris.

Beliau berkata demikian ketika ditemui menyampaikan bantuan kepada 21 mangsa rumah terjejas akibat ribut di Dewan Dato Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam, di sini pada Rabu.

Terdahulu, Idris diminta mengulas berkenaan kemungkinan Pas dan UMNO akan mengadakan rundingan susulan ada dakwaan yang menyebut hubungan dua parti terbesar Melayu itu dingin walaupun bersama dalam MN.

Pada Sabtu lalu, sebuah portal berita melaporkan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, akar umbi antara partinya dengan UMNO selesa dengan MN.



Dalam pada itu, Idris turut memberitahu, beliau kekal dengan pendiriannya untuk hubungan parti itu dengan UMNO dalam MN, kekal.

“Kita mahukan penyatuan dalam kuasa orang kata panggil apa, mana baik? Kita pakat dua saja ke atau pakat tiga. Sudah tentulah, kita pakat ramai-ramai kerana itu lebih baik. Jadi. sebab itu kita mengharapkan supaya kita ni masih lagi berada di tahap itu.

“Tapi Pas mengambil pendirian sebagai suatu parti yang tetap kita ini ialah sebagai untuk Muslim. Terutama tentang masa depan politik orang-orang Islam dan orang-orang Melayu di negara kita ini mesti kita ada bentuk penyatuan,” tambahnya.-AA

‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)



Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker