Dakwa SPRM ‘kawtim’ kes imigresen? Edisi Siasat diminta buat laporan

Dakwa SPRM ‘kawtim’ kes imigresen? Edisi Siasat diminta buat laporan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan melayan dakwaan “liar” Edisi Siasat (ES) bahawa ia menutup kes membabitkan seorang pegawai imigresen memiliki kereta mewah Rolls-Royce Phantom.

Ini menyusul dakwaan laman pemberi maklumat itu bahawa ia mendapat tahu kes berkenaan selesai selepas SPRM menerima sejumlah wang.



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, ES patut membuat laporan jika mereka merasakan dakwaan itu benar.

“Minta ES buat laporan kata SPRM telah ‘kawtim’ kes itu,” katanya kepada FMT.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Pada November 2020, SPRM menahan 28 anggota dan pegawai imigresen di Selangor serta Johor yang didakwa terbabit dalam penyalahgunaan cap keluar masuk di sempadan negara.

Ketika itu, sumber yang dipetik Kosmo berkata, seorang anggota imigresen Gred 19 dengan gaji bulanan kurang daripada RM4,000 memiliki beberapa kereta mewah, termasuk Rolls-Royce Phantom, Ford Mustang, Range Rover dan Audi, yang semuanya didaftarkan atas nama dua ejen pekerja asing dari China.



Laporan itu menyatakan kereta mewah itu diberikan sebagai balasan kerana membantu menubuhkan kaunter untuk ejen di sempadan. FMT

Dakwa SPRM ‘kawtim’ kes imigresen? Edisi Siasat diminta buat laporan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]



Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker