Boo Cheng desak Syed Saddiq letak jawatan presiden MUDA

Boo Cheng desak Syed Saddiq letak jawatan presiden MUDA

Selepas mendesak Pengerusi DAP Lim Guan Eng meletakkan jawatan sementara menunggu keputusan rasuahnya, pemimpin DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga perlu melakukan perkara yang sama.

Beliau berkata Syed Saddiq harus berundur diri sehingga namanya dibersihkan sekiranya parti berkenaan ingin terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Syed Saddiq perlu menunjukkan contoh baik kepada generasi muda tanpa mengheret PH dan melalui proses undang-undang sewajarnya untuk membersihkan nama sebelum menyambung semula jawatan itu.

“Parti komponen PH menetapkan tahap integriti yang tinggi berbanding Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kita perlu menawarkan alternatif yang mengagumkan kepada rakyat. DAP dan PH perlu mengelak daripada menjadi Umno 2.0,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan berdepan tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung dana pilihan raya Bersatu berjumlah RM1.2 juta.

Desakan Boo kepada Syed Saddiq itu dibuat seminggu selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu menggesa Lim meletak jawatan sambil memetik perbicaraan rasuah terowong bawah laut yang sedang berjalan.

Beliau berkata malah Najib Razak telah meletak jawatan sebagai pengerusi BN dan presiden Umno selepas tewas pada pilihan raya umum (PRU) PRU14, dan seterusnya menghadapi pertuduhan rasuahnya. Penggantinya, Ahmad Zahid Hamidi, turut bercuti selama enam bulan.

Boo menggesa masyarakat sivil mendorong pemimpin politik di kedua-dua belah pihak untuk menerima pakai pendirian ini bagi memastikan tokoh awam melindungi integriti dan kredibiliti mereka.

“Adalah dikesali bahawa Lim tidak mengambil langkah tegas untuk menolak jawatan pengerusi kebangsaan DAP.

“Saya percaya beliau tidak bersalah tetapi beliau perlu melalui sendiri semua proses undang-undang yang diperlukan sebelum menuntut semula semua jawatan parti dan awam,” katanya. FMT

Boo Cheng desak Syed Saddiq letak jawatan presiden MUDA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker