Anda usahawan PMKS? Ini yang menanti anda tahun ini

Anda usahawan PMKS? Ini yang menanti anda tahun ini

Tahun ini, kerajaan memberi tumpuan khas kepada membantu perusahaan sosial, halal, kraf tangan, pertanian dan usahawan tempatan untuk beralih kepada platform digital.

Kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Hamid, pelbagai inisiatif telah disusun sepertimana yang diumum pada pembentangan Bajet 2022 tempoh hari untuk menggalakkan adaptasi digital dalam usaha merancakkan semula ekonomi negara.

Bukan setakat untuk menjadi pemain aktif dalam pasaran tempatan, tapi dengan pendigitalan, para pengusaha dapat meneroka medan bisnes yang lebih luas di platform yang tiada sempadan.

“Dalam melahirkan lebih ramai PMKS Halal yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa, RM25 juta diperuntukkan kepada Halal Development Corporation untuk melaksanakan pelbagai program termasuk Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS dan program Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS.

“Untuk meningkatkan penerapan digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecik dan sederhana (PMKS), kerajaan akan menambah baik inisiatif Skim Geran Pendigitalan PKS di mana tahun 2022, jumlah dana bagi skim ini telah dinaikkan kepada RM200 juta dengan RM50 juta dikhususkan untuk usahawan mikro Bumiputera di luar bandar.”

Selain itu maklumnya, usahawan PMKS juga layak menerima manfaat sehingga RM2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.

Sementara bagi menggiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan dalam kalangan usahawan luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan mentransformasikan 600 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia sebagai Pusat Sehenti untuk membimbing usahawan mikro menggunakan teknologi digital. Awani

Anda usahawan PMKS? Ini yang menanti anda tahun ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker