MySejahtera kini kurang berguna – MMA
MySejahtera kini kurang berguna – MMA
Aplikasi MySejahtera kurang berguna apabila negara mula beralih ke fasa endemik Covid-19 mulai 1 April, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Presiden MMA Dr Koh Kar Chai mengakui pengesanan kontak adalah mustahil ketika tempoh kemuncak wabak jika bukan kerana aplikasi tersebut, walaupun ia mungkin “berfungsi lebih lama berbanding kegunaannya”.
“Dengan jumlah besar kes positif dalam kalangan masyarakat dan di sekeliling kita, pengesanan kontak tidak boleh diguna pakai secara meluas kerana ia tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan.
“Dengan penularan Covid-19 yang tinggi dalam komuniti, ciri pengimbasan aplikasi MySejahtera bagi tujuan pengesanan kontak tidak lagi berguna seperti pada fasa awal wabak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan gesaan yang semakin meningkat agar kerajaan menghentikan penggunaan aplikasi tersebut.
Koh berkata, MySejahtera boleh digunakan untuk tujuan lebih baik dengan menjadikannya sebagai pangkalan data rekod kesihatan pengguna, memandangkan kebanyakan populasi mempunyai aplikasi itu.
Bagaimanapun ciri pengesanan kontaknya masih boleh dikekalkan untuk kegunaan pada masa akan datang, tambahnya.
Setiap akaun MySejahtera dikaitkan dengan kad pengenalan pengguna dan tidak boleh dipindah milik, katanya dengan kebimbangan terbesar yang disuarakan adalah mengenai keselamatan data.
“Melihat kepada apa yang dikongsikan di media sosial mengenai pemilikan aplikasi ini, diharap kerajaan akan terus proaktif dalam memelihara kepercayaan orang ramai terhadap aplikasi tersebut.
“Kepincangan dalam struktur penjagaan kesihatan kita adalah berkait sistem pengurusan berpusat rekod kesihatan populasi,” katanya, selain menambah bahawa rekod kesihatan peribadi tidak boleh diakses merentas kemudahan dan oleh penyedia penjagaan kesihatan yang berbeza.
“Aplikasi MySejahtera boleh digunakan sebagai usaha awal untuk memiliki rekod kesihatan yang boleh dibawa oleh setiap individu agar dapat diakses oleh penyedia penjagaan kesihatan apabila perlu,” katanya. FMT
MySejahtera kini kurang berguna – MMA
Baca Artikel Menarik:
- MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM
- UiTM ambil tindakan pensyarah herdik pelajar B40 tiada laptop
- Nak kahwin 6 lelaki
- Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal
- Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza
- Bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak
- Pesawat rempuh pasar raya, tiga maut
- Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan
- Waran tangkap Norjuma gagal diserah
- DBP bidas Syed Saddiq
- Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui
- Rafizi sekadar batu api nak lagakan Najib, Muhyiddin – Sharkar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]
Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?