Mujahid tuntut Dusuki bayar RM1 juta, henti fitnah

Mujahid tuntut Dusuki bayar RM1 juta, henti fitnah

Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap bekas pemimpin PAS Dusuki Rani susulan kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan terhadapnya.

Dalam surat tuntutannya, Mujahid juga menuntut Dusuki menarik balik kenyataan terbabit dalam tempoh tempoh 48 jam.



Katanya, notis tuntutan berkenaan telah dihantar menerusi peguamnya hari ini.

“Sekiranya Dusuki gagal mematuhi tuntutan-tuntutan saya, saya tidak teragak-agak akan teruskan tindakan mahkamah terhadapnya, termasuk prosiding menghina Mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Khamis lalu, Dusuki yang menarik balik rayuan berhubung saman fitnah terhadap Mujahid menyindir bekas menteri di jabatan perdana menteri itu kerana dapat menyelamatkan hampir RM300 juta nilaian tanah ladang harta pendeposit Tabung Haji.

Beliau menafikan kalah selepas menarik balik rayuan berhubung sama fitnah sebelum itu.



Terdahulu, Dusuki pada 22 November 2020 memfailkan saman fitnah di Mahkamah Seksyen Shah Alam terhadap Mujahid dengan menuntut permohonan maaf melalui siaran akhbar serta ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlah.

Bagaimanapun, pada 14 September 2022, mahkamah mendapati ciapan Twitter itu tidak berbentuk fitnah kerana semasa perbicaraan terbukti bahawa aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam dan diarahkan membayar kos berjumlah RM11,000 kepada Mujahid.

Dusuki kemudian mengemukakan rayuan sebelum ditolak pada 2 Mei 2022 dengan kos RM7,000. FMT

Mujahid tuntut Dusuki bayar RM1 juta, henti fitnah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker