Saya tak minta calon Umno sokong saya sebagai PM

#PRU15

Saya tak minta calon Umno sokong saya sebagai PM

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa calon parti itu yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diminta menandatangani surat menyokong beliau sebagai perdana menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya itu.

“Ia tidak benar,” katanya kepada The Malay Mail ketika ditanya mengenai dakwaan itu.



The Vibes yang memetik sumber dalaman parti melaporkan, Zahid memberi calon Umno watikah pelantikan untuk bertanding pada PRU15 dengan syarat mereka menandatangani surat “perjanjian untuk menyokong presiden”.

Kata sumber itu lagi, perjanjian itu bertujuan memberi mandat kepada Zahid untuk membentuk kerajaan sekiranya BN memenangi PRU15. Zahid juga adalah Pengerusi BN.

Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dinamakan BN sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu memenangi PRU15.

Zahid pada 16 Okt menegaskan bahawa keputusan mencalonkan naib presiden Umno untuk jawatan itu adalah muktamad. FMT



Saya tak minta calon Umno sokong saya sebagai PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker