[VIDEO] Restoran diserbu pelanggan kerana pelayan tanpa baju

Pelbagai cara dilakukan peniaga untuk menarik pelanggan, tidak terkecuali perniagaan makanan. Pemilik restoran akan melakukan apa saja untuk menarik lebih ramai pelanggan memasuki premis mereka.

Begitu juga di sebuah restoran hotpot di Provinsi Shanxi, China yang juga dikatakan sebagai restoran yang menjadi perbualan ramai.

Ini kerana restoran itu menyambut tetamu dengan pelayan lelaki bertubuh sasa dan yang paling memeranjatkan, mereka tidak memakai baju.



Hanya mengenakan ‘apron’ berwarna hitam, pelayan-pelayan lelaki itu akan mengambil pesanan dan menghantarnya kepada pelanggan sambil mempamerkan otot-otot sasa mereka.

Tetapi mereka bukan hanya sekadar menghantar makanan, malah akan turut melayani pelanggan yang ingin bergambar dengan mereka.

Dapat tip RM8,126



Mantan Menteri Kesihatan mahu menipu siapa?

Pelayan-pelayan lelaki ini akan melayan pelanggan dengan membantu meletakkan kain pengalas ke paha atau ada juga yang dilihat begitu mesra menemani pelanggan mereka.



“Semua pelayan lelaki kami adalah model dan mereka semua sangat kacak dan mempunyai tubuh yang sempurna.

“Kami ingin memberi pengalaman yang menyenangkan buat semua pelanggan,” ujar Ma Yu, pemilik restoran tersebut.

Sememangnya, restoran tersebut bukan hanya menampilkan pelayan yang unik tetapi turut menghidangkan masakan enak dan lazat.

Inilah yang menjadi daya penarik terutamanya kepada pelanggan wanita.



“Mereka begitu baik dan sangat kacak. Saya juga meminta mereka untuk bergambar bersama,” ujar salah seorang pelanggan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker