UMNO dan PAS parti kuat, gabungan lemah tetap gagal buat perubahan

BACHOK: Sesebuah parti yang kuat tidak boleh memanfaatkan ‘kekuatan’ tersebut untuk membuat perubahan sekiranya menyertai gabungan politik yang lemah.

Ini kerana, kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, gabungan yang lemah sudah tentu gagal meraih sokongan dan kepercayaan rakyat, apatah lagi untuk membuat perubahan di negara ini.

“Nak buat perubahan integriti, lawan rasuah atau salah guna kuasa, kalaupun satu dua parti ini ada kekuatan, tapi gabungan lemah, kita tak boleh buat perubahan. PH nak buat perubahan, tak disokong. PN nak buat perubahan, pun ada masalah.

“Jadi kena ada gabungan parti yang kuat. Apabila rakyat melihat gabungan parti yang kuat, maka mereka akan selesa memberi sokongan, tetapi kalau parti itu berpecah sesama mereka, rakyat jadi tidak percaya,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Program Sambutan Hari Polis Ke-215 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohamad Ismail Jamaludin, di sini hari ini.

Nik Mohamad Abduh bagaimanapun tidak menamakan parti atau gabungan politik mana yang dimaksudkan beliau itu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap apa sahaja krisis dan perbalahan dalam kalangan parti yang berada dalam Muafakat Nasional (MN), iaitu Pas dan UMNO dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Pas dan UMNO ini selagi boleh dipertemu, dia akan memikat sokongan rakyat. Maka dengan kuasa bakal perolehi, barulah kita boleh gunakan untuk buat perubahan dan insya-Allah rakyat akan sokong.

“Jadi kewajipan parti-parti politik ialah mereka mesti satukan diri mereka dahulu barulah mereka akan mendapat sokongan rakyat, itu kaedahnya. Dalam konteks ini saya maksudkan perpaduan dalam MN antara Pas dan UMNO,” katanya

Parti kuat, gabungan lemah tetap gagal buat perubahan – Nik Abduh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker