Lamaran ditolak kerana bukan pegawai kerajaan [VIDEO]

TANGKAP layar memaparkan senario lamaran seorang lelaki ditolak kerana tidak bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang menanggung kekecewaan selepas lamarannya ditolak mentah-mentah, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @insta__nyinyir itu dirakam di ruang tamu sebuah rumah.

Kelihatan empat orang sedang duduk di sofa dengan dua wanita adalah ibu masing-masing kepada pasangan kekasih berkenaan.

Menurut keterangan, lelaki itu datang bersama ibunya untuk meminta izin meminang gadis tersebut untuk dijadikan isterinya.

Namun, lamaran lelaki itu ditolak mentah-mentah kerana dia bukan penjawat awam.

Ibu kepada gadis berkenaan kelihatan berbincang dengan lelaki itu sebelum berdiri menghampirinya.

Lelaki itu bersama ibunya kemudian bangun lalu keluar dari rumah tersebut dengan menundukkan kepala tanpa berkata apa-apa.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bersyukur tidak dapat mentua seperti itu. Bayangkan kalau jadi kahwin,’’ tulis seorang netizen.

“Sombongnya. Sabar ya anak muda, masih banyak perempuan yang lebih baik,’’ komen netizen lain. – Agensi

Lamaran ditolak kerana bukan pegawai kerajaan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker