Parti pembangkang harus ketepi ego jika mahu saingi Umno, BN
Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 baru sahaja berakhir dan antara topik utama perbahasan perwakilan adalah agar parti itu bergerak sendirian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang perlu diadakan selewat-selewatnya sebelum pertengahan tahun hadapan.
Walaupun tiada ketetapan diumumkan daripada perhimpunan itu berhubung perkara berkenaan, umum sudah dapat mengagak bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana parti atau blok parti pada PRU-15, malah tidak juga dengan Pas, rakan kerjasamanya dalam Muafakat Nasional (MN).
Ia berdasarkan kemenangan besar diperoleh BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu dan PRN Johor, baru-baru ini, yang menghadirkan rasa percaya bahawa kejayaan sama mampu dicapai pada PRU akan datang walaupun tanpa (MN) selepas Pas menjadi komponen Perikatan Nasional (PN) diketuai Bersatu.
Sama ada , BN bertanding solo atau tidak, cabaran hebat pasti dihadapi blok Pakatan Harapan (PH), PN dan parti-parti lain yang tidak sehaluan dengan Umno dan BN, apatah lagi prestasi mereka di Melaka, Johor dan Sarawak juga tidak begitu memberangsangkan.
Lalu, apa formula terbaik yang boleh diambil lawan-lawan BN ini untuk berjaya dalam PRU-15? Perlu diingat bahawa sistem undi popular tidak terpakai di Malaysia, sebaliknya parti pertama meraih majoriti mudah atau dirujuk ‘first past the post’ diisytihar pemenang.
Jika undi popular diraih parti-parti selain BN pada PRN Johor diambil kira untuk menentukan pemenang, dengan mudah kita tahu siapa yang boleh membentuk kerajaan. Daripada 1,426,573 pengundi yang keluar memilih dalam PRN itu, 826,820 orang atau 56.89 peratus tidak memihak BN yang hanya mendapat undi daripada 599,753 pemilih atau 43.11 peratus.
Walaupun boleh dianggap gabungan baharu, , PN mendapat undi popular paling tinggi pada PRN Johor, iaitu 284,969 undi atau 24 peratus, meninggalkan PH yang menggabungkan DAP dan Amanah dengan 284,969 undi atau 20.5 peratus dan PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri sekadar memperolehi 82,556 undi atau 5.9 peratus.
Jika undi parti-parti lawan BN di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) digabungkan pula, gabungan Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu hanya berjaya di 21 daripada 56 kerusi sahaja, sedangkan perlu sekurang-kurangnya 28 kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.
Bayangkan jika parti-parti lawan BN menjalin kerjasama, dalam apa juga bentuknya bagi menghadapi PRU-15, mungkin ia boleh mengulangi pencapaian pada PRU-14 yang menyaksikan BN tumbang selepas berdekad mentadbir negara.
Jika formula sedia ada kekal digunakan, impian untuk mereka menyaingi BN – jika berdasarkan keadaan semasa – memang sukar.
Persefahaman politik di antara PN sebagai peneraju, dengan PKR dan PH dilihat berpotensi untuk menyaingi BN pada PRU-15. Isu pengagihan kerusi tidak timbul di antara Pas dan DAP kerana demografi kerusi tradisi masing adalah berbeza, manakala kalangan parti-parti sekutu lain boleh diselesaikan dengan syarat masing-masing mengetepikan ego dan melihat sasaran yang lebih besar.
Sepang, Selangor
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
- Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
- Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
- PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
- PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
- Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
- Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
- AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
- Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
- Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
- Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
- Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras