Suami Isteri Tidak Boleh ‘Berkira Sangat’, Perlu Kongsi Beban Bersama

Suami Isteri Tidak Boleh ‘Berkira Sangat’, Perlu Kongsi Beban Bersama

ALAM perkahwinan, biasa dengarkan, susah sama, senang bersama. Cuma, adakah kata-kata ini masih relevan atau tidak untuk pasangan suami isteri muda zaman sekarang ini lebih-lebih lagi dengan pandemik COVID-19.

Yang pasti, ada ramai pasangan dewasa juga tIdak mampu bersama ketika susah.



Berikut antara pengalaman Perunding Kewangan, Kay Bee Rahim mengenai pentingnya pengurusan wang antara suami isteri apabila sudah berumah tangga.

Kedua-dua mereka perlu mainkan peranan masing-masing.

Ini yang kami berdua lakukan dari awal perkahwinan sehingga usia perkahwinan mencecah 10 tahun pada Jun 2021.

1. #Selagi antara kami tidak didapati melakukan aktiviti curang dan menipu duit, maka perjanjian yang dipersetujui bersama ini akan terus berkuat kuasa.

2. #Kongsi segalanya seperti:



  • Bayar bil komitmen bulanan
  • Bayar insurance/takaful
  • Tabung Simpanan & Persaraan
  • Tabung Pendidikan anak
  • Tabung pergi Umrah & Haji
  • Tabung pergi Seminar
  • Tabung cuti-cuti Malaysia (hanya cuti dalam Malaysia sehingga Visi pergi Haji tercapai)
  • Tabung berpoya-poya (shopping, masa bersama dan lain-lain)

Satu yang Kak Bee sangat-sangat perasan, apabila kita redha dan ikhlas dalam membantu pasangan (dalam apa jua kes), rezeki akan masuk dengan mudah seperti air terjun yang mengalir deras.

  1. Rezeki di beri kesihatan yang sihat.
  2. Rezeki anak mudah belajar.
  3. Rezeki kewangan datang dari pelbagai arah yang tak disangka-sangka.
  4. Rezeki dipermudahkan urusan seharian.

Bagi anda di luar sana yang masih ‘berkira-kira’ dengan pasangan, cuba duduk sejenak, fikirkan keadaan diri dan keluarga:

  • Adakah sentiasa dalam keadaan ‘parah’ kewangan?
  • Hubungan suami isteri sentiasa ‘panas’. Ada sahaja tidak kena dan kerap bergaduh.
  • Pasangan atau anda sendiri tinggi egonya? Tidak mahu berkompromi dalam isu-isu kecil.
  • “Duit aku, aku punyer. Duit kau duit aku jugak?”

Ada yang macam ini ke? Tepuk dada tanya minda.

Zaman ini semuanya memerlukan duit. Dan duit tidak turun dari langit.



Tidak salah bekerjasama demi membangunkan ekonomi rumahtangga. Untuk diri kita juga bukan orang lain.

Anda tentukan kebahagiaan rumahtangga anda sendiri, jika tidak orang lain akan lakukannya.

Kredit: Kay Bee (Perunding Kewangan)

* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma



Suami Isteri Tidak Boleh ‘Berkira Sangat’, Perlu Kongsi Beban Bersama


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adun Dap Melaka marah surat dihantar tanpa pengetahuannya

‘Nak rentas negeri, lebih baik ada syarat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker