UMNO, BN tidak takut bergerak solo
KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini tidak lagi takut untuk bergerak solo dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyatakan keyakinan tersebut berdasarkan prestasi dan formula yang diguna pakai BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Malah katanya, UMNO dan BN bukan sebagaimana sebelum ini yang perlu bergantung kepada perikatan atau parti lain.
“Kalau setahun lalu congak politik menunjukkan kita perlu bergabung tapi strategi tersebut tidak benar lagi sekarang dan kita boleh bergerak solo berdasarkan prestasi PRN Melaka dan Johor.
“Prestasi kita juga jauh lebih baik daripada PRU-14 sekarang, namun persiapan perlu maksimum. Kita strike pihak lawan apabila mereka kurang kuat dan ketika masih lemah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan, Datuk Mohd. Nizar Najib turut yakin yang UMNO mampu bergerak sendiri pada PRU nanti sekali gus membentuk kerajaan tanpa bergabung dengan mana-mana parti.
“Saya yakin mengikut prestasi kita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, kita bersedia hadapi PRU ini secara bersendirian. Bukan kita tak tawarkan parti lain untuk bermuafakat, namun pelawaan kami tidak disambut. Sebab itulah BN tidak ada pilihan.
“Tetapi, bagus juga, bermakna kita boleh tentukan hala tuju parti secara bebas dan kita boleh naikkan lagi muka baru untuk PRU nanti,” ujarnya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
- Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
- Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
- PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
- PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
- Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
- Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
- AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
- Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
- Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
- Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
- Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras
You must be logged in to post a comment.