PM berjaya laksana enam perkara utama diputuskan MKT UMNO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melaksanakan enam perkara utama yang diputuskan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Ogos tahun lalu.

Naib Presiden UMNO itu berkata, semua perkara yang diputuskan Mesyuarat MKT UMNO telah laksanakannya dengan dukungan rakan-rakan kabinet UMNO.

Menurutnya, perkara pertama adalah mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti sebagai mana titah saranan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu.

“Kedua, memberi fokus kepada usaha menangani Covid-19 dan vaksinasi. Kita telah berjaya mencapai imunisasi kelompok lebih 98.5 peratus dengan dua dos vaksin lengkap, manakala proses vaksinasi dos penggalak dan Program Vaksinasi Kanak-Kanak (PICKids) sedang rancak dilaksanakan.

“Tiada paksaan untuk menerima dos penggalak kepada golongan dewasa dan kanak-kanak tetapi kita galakkan mengambilnya untuk melindungi Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, perkara ketiga ialah menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan termasuk bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Keempat, penjenamaan semula kerajaan melalui Keluarga Malaysia dengan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Kelima, mempertahankan peranan dan sistem demokrasi berparlimen. Kita pastikan Dewan Rakyat berfungsi dan memainkan peranannya dalam semak dan imbang.

“Keenam, menubuhkan jawatankuasa yang berkaitan bagi menegakkan keadilan dan menunjukkan ketelusan kepada rakyat,” jelasnya.

PM berjaya laksana enam perkara utama diputuskan MKT UMNO

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker