England lancar dos keempat minggu ini
England lancar dos keempat minggu ini
England akan mula melancarkan suntikan vaksin COVID-19 keempat minggu ini, dengan jutaan individu paling terdedah akan ditawarkan untuk menerima dos itu.
Selain individu berusia 75 tahun ke atas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) berkata, suntikan dos penggalak terbaharu itu juga akan disediakan untuk penghuni rumah jagaan dan mereka yang mengalami imunosupresi.
NHS juga memaklumkan kira-kira lima juta orang dijangka ditawarkan suntikan dos terbabit dan 600,000 lagi dijemput untuk menempah slot janji temu mereka minggu depan.
Setiausaha Kesihatan dan Penjagaan Sosial Sajid Javid berkata, program vaksinasi fenomenal negara menyelamatkan banyak nyawa dan menyediakan benteng pertahanan yang membolehkan rakyat negara itu belajar untuk hidup bersama COVID-19.
“Berikutan kejayaan besar pelancaran setakat ini, kami kini menawarkan dos penggalak kepada mereka yang berusia lebih 75 tahun dan kelompok paling terdedah untuk menambah perlindungan mereka terhadap virus ini,” katanya.
Kes meningkat sekali lagi di seluruh Britain disebabkan oleh varian Omicron yang berleluasa, dengan kira-kira satu dalam 20 orang dijangkiti pada masa ini.
Kemasukan ke hospital sekali lagi meningkat, namun bilangan mereka yang memerlukan rawatan rapi kekal rendah.
Bercakap pada persidangan Musim Bunga Parti Konservatifnya, Perdana Menteri Boris Johnson pada Sabtu berkata: “Kami sedang bersiap sedia untuk dos keempat, kerana kami akan memerlukannya”.
Britain menjadi antara negara yang paling teruk terjejas di dunia semasa wabak itu, dengan lebih 163,000 orang maut selepas dijangkiti penyakit berkenaan. BH
England lancar dos keempat minggu ini
Baca Artikel Menarik:
- Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
- Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
- Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
- PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
- PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
- Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
- Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
- AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
- Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
- Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
- Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
- Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras
You must be logged in to post a comment.