Ekonomi negara terus berkembang sejak UMNO teraju semula kerajaan
KUALA LUMPUR – Semenjak UMNO menerajui semula kerajaan, ekonomi Malaysia terus berkembang sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat berbanding menguncup 4.5 peratus pada suku ketiga tahun 2021.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah eksport negara pula meningkat sebanyak RM28.2 bilion pada Ogos hingga Disember lalu di samping pengukuhan ekonomi ini disokong dengan
aliran masuk Pelaburan Terus Asing (FDI).
“Sokongan aliran FDI ini adalah sebanyak RM24.7 bilion pada suku tahun keempat berbanding RM12.8 bilion bagi suku ketiga. Inilah bukti keyakinan para pelabur luar negara terhadap kerajaan pimpinan UMNO.
“Bukan itu sahaja, program Peluang Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang dikhaskan kepada belia yang dijalankan telah membuahkan hasilnya dengan banyak peluang pekerjaan berjaya dicipta, kadar pengangguran menurun kepada 4.2 peratus berbanding 4.6 peratus pada Ogos 2021.
“Sebanyak 558,000 pencari kerja berjaya mendapat penempatan pada tahun 2021 melebihi sasaran menyediakan 500,000 peluang pekerjaan,” jelasnya ketika ucapan penggulungan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sejak Barisan Nasional (BN) kembali memimpin kerajaan, sudah banyak kejayaan yang dicapai, paling penting baginya adalah menunaikan ketetapan yang dimahukan parti.
“Alhamdulillah, semua perkara yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Ogos 2021, telah saya laksanakan dengan dokongan rakan-rakan Kabinet UMNO.
“Antaranya, kes kematian anggota bomba, arwah Muhammad Adib Mohd. Kassim pada November 2018 lalu kini sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya dengan jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac lalu,” katanya.
Jelas Naib Presiden UMNO itu lagi, siasatan tersebut telah menjadi bukti bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan BN tidak pernah lupa dan akan terus berjuang memastikan nasib rakyat terus terbela.
“Walaupun siasatan masih berjalan tetapi kerajaan telah pun membayar ‘ex-gratia’ berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah pada 29 November 2021. Inilah bukti kesungguhan UMNO dalam membela nasib rakyat.
“Bukan itu sahaja, beberapa penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan sebelum ini antaranya Tabung Haji serta penyelewengan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas akan terus disiasat secara telus dan jika disabitkan kesalahan hukuman akan diambil,” jelasnya.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, tanpa sokongan semua pihak termasuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO beliau tidak akan berdiri di sini ketika ini.
“Jati diri saya adalah jati diri UMNO. Siapalah Ismail Sabri tanpa tuan-tuan dan puan-puan. Sebab itu saya tidak akan membiarkan obor perjuangan UMNO malap, tapi terus menyala dan membakar semangat perjuangan kita bersama.
“Oleh itu, apa saja keputusan kita dalam Kabinet, saya akan pastikan pandangan dan suara UMNO diberikan keutamaan, demi menjaga kepentingan rakyat, suka saya tegaskan, saya orang parti! Darah saya darah UMNO! Perjuangan saya adalah untuk UMNO!” katanya.
Menyentuh berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)Ahli Parlimen Bera itu berkata, keputusan bubar Parlimen bakal diputuskan oleh top five mereka dan tidak akan dilambatkan jika keyakinan sudah menjelma.
“Jika kita yakin dengan kemenangan, kita tidak akan tunggu satu saat pun untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU-15, Saya mendengar dengan tekun dan memahami kehendak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kalau dipersetujui beri saya (masa) bersama Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden UMNO atau top five untuk bincang perkara ini.
“Insya-Allah kita cuba di atas ini supaya Barisan Nasional (BN) jadi parti dominan semula. Kita akan rapatkan saf kepimpinan bersama para perwakilan dan pemimpin peringkat di akar umbi. InsyaAllah kemenangan di tangan UMNO dan BN,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
- Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
- Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
- PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
- PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
- Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
- Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
- AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
- Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
- Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
- Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
- Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras
You must be logged in to post a comment.