DAP ugut mansuh MoU jika akta lompat parti tidak dibentang esok
DAP ugut mansuh MoU jika akta lompat parti tidak dibentang esok
DAP mengugut untuk memansuhkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan sekiranya pindaan Perlembagaan berkaitan akta lompat parti tidak dibentang di Dewan Rakyat esok.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu adalah antara intipati MoU yang dimeterai antara Pakatan Harapan (PH) dengan Kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Timbul kekeliruan tentang kedudukan sekarang sama ada akta anti lompat parti akan diluluskan pada bulan Mac seperti mana yang dijanjikan dalam MoU dengan PM
“Kerana kalau kita lihat aturan urusan mesyuarat ada cadangan untuk membentangkan pindaan Pelembagaan ini. Kita akan tahu esok.
“Tapi sekiranya tidak ada pindaan Perlembagaan untuk luluskan akta anti lompat parti seperti mana yang dijanjikan dalam MoU, MoU ini tidak bermakna lagi dan akan dimansuhkan sama sekali,” kata Guan Eng.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Kongres Kebangsaan DAP kali-17 di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, PH mahu rang undang-undang (RUU) anti lompat parti dilaksanakan seperti dimeterai dalam MoU.
Majlis Presiden PH dalam kenyataan memaklumkan, menerusi MoU tersebut, RUU itu perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen iaitu sebelum atau pada 24 Mac ini.
“RUU ini bertepatan dengan hasrat PH dan kerajaan seperti termaktub di dalam Perkara 2.1 MoU di antara kerajaan dan PH.
“Perkara 2.4 menyatakan bahawa RUU ini perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen iaitu sebelum atau pada 24 Mac.
“Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan bahawa RUU ini perlu dilaksanakan seperti yang dipersefahami di dalam MoU tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
MoU tersebut ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan disaksikan oleh pemimpin daripada Kerajaan dan Pakatan Harapan pada 14 September tahun lalu.
Ia sepatutnya berkuatkuasa sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan.
Sementara itu Guan Eng berkata, MoU berkenaan telah memberikan banyak manfaat kepada rakyat.
“Antaranya ialah memberikan suntikan RM45 bilion untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian
“Kebanyakan bantuan kewangan yang dinikmati dan diberikan kepada rakyat datangnya daripada suntikan RM45 bilion yang ditandatangani dalam MoU,” katanya. MG
DAP ugut mansuh MoU jika akta lompat parti tidak dibentang esok
Baca Artikel Menarik:
- Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
- Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
- Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
- PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
- PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
- Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
- Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
- AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
- Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
- Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
- Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
- Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras
Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis