Bantuan Keluarga Malaysia akan terima pembayaran bermula 28 Mac depan

SHAH ALAM – Seramai 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bakal menerima pembayaran bagi fasa satu secara berperingkat bermula 28 Mac depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran adalah sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang.

Menurutnya, setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2.0 bilion.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.

“Bagi penerima kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke akuan bermula 28 Mac hingga 8 April 2022.

“Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah Sarawak, tarikh pembayaran dibuat bermula 30 Mac 2022 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ismail Sabri menambah, semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Katanya, bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.

“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,”katanya.

BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker