Misi saya adalah pembangunan anak muda serta peluang pekerjaan di Pekan – Nizar

#PRU15 Dun Peramu Jaya

Misi saya adalah pembangunan anak muda serta peluang pekerjaan di Pekan – Nizar

Calon baharu Barisan Nasional (BN) Pahang berazam untuk memastikan kemenangan selepas diberikan kepercayaan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kepercayaan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuktikan pilihan tepat yang dilakukan barisan tertinggi kepimpinan parti.



Bagi calon Peramu Jaya, Datuk Mohamad Nizar Najib, beliau akan berusaha membantu untuk memperkukuhkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Beliau (Wan Rosdy) bertindak cemerlang terutama meraih pendapatan kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion.

“Banyak pembaharuan dan bantuan dalam membela rakyat. Kami sebagai calon baharu akan berjuang untuk memenangi kerusi yang ditandingi.

“Misi saya lebih kepada mempertingkatkan lagi pelaburan di Pekan selain pembangunan anak muda dalam pekerjaan dan kemahiran,” katanya.



Sementara itu, calon Dong, Fadzli Mohamad Kamal, 42, berkata, kepercayaan yang diberikan barisan pimpinan tertinggi akan dibalas dengan kemenangan kepada parti.

“Walaupun calon baharu, beliau akan melaksanakan amanah bersama calon baharu lain,” katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Raub. HM

Misi saya adalah pembangunan anak muda serta peluang pekerjaan di Pekan – Nizar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker