PRN Johor: Serik ‘dikencing’, pengundi keluar tanpa rasa takut
MUAR – Pengundi yang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyatakan bahawa mereka tidak takut untuk keluar mengundi walaupun negara berdepan penularan Covid-19.
Rata-rata mereka mahu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.
Seorang guru, Azman Ali, 59, berkata, sebagai pengundi beliau bertanggungjawab untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengundi di negeri ini.
“Saya tidak takut untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. Lagi pun saya sudah dijangkiti Covid-19 baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas menjadi pengundi pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada Sabtu.
Seorang suri rumah, Tan Sui Veck, 70, pula berkata, dia juga tidak takut untuk keluar mengundi pada Sabtu.
“Saya tidak takut. Saya datang untuk tunaikan kewajipan,” katanya.
Sementara itu, Inspektor Mohd Noor Had Abdul Kahar, 37, berkata, walaupun bertugas pada Sabtu, beliau hadir untuk menunaikan tanggungjawabnya.
Mohd Noor yang bertugas di Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri berkata, beliau tidak mengundi awal pada Selasa lalu kerana tidak menukar alamatnya.
“Saya tidak tukar alamat dan alamat kampung saya juga di sini,” katanya.
Pada Sabtu, seramai 2.597 juta pengundi dilapor layak mengundi dalam PRN Johor.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia membabitkan 2.57 juta pengundi biasa, 10,955 anggota tentera dan pasangan serta 11,576 anggota polis dan pasangan serta 376 pengundi tidak hadir (PTH) Luar Negara.
Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]
- PKR, PH dan MUDA cuba menjarakkan diri antara satu sama lain
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi
Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]
Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]