Polis Buru Lelaki Tampar Anak Tiri Yang Tular Di Media Sosial [VIDEO]

Polis Buru Lelaki Tampar Anak Tiri Yang Tular Di Media Sosial [VIDEO]

Tindakan seorang pemandu lori memukul anak tirinya membawa padah apabila suspek kini diburu polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu sebelum video mengenainya tular di media sosial.

“Laporan dibuat oleh seorang wanita yang merupakan ibu kepada kanak-kanak berumur lima tahun tersebut pada 11 Mac lalu.

“Ibu mangsa mendakwa anak lelakinya itu dipukul oleh suami baharunya yang juga adalah bapa tiri kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.



Katanya, hasil penelitian video tersebut mendapati suspek sedang memarahi mangsa.

“Suspek turut bertindak menampar serta memulas kedua tangan mangsa.

“Ibu mangsa kemudiannya mempertahankan mangsa daripada terus dipukul oleh suspek dengan memeluk mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.



“Suspek dikenal pasti seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun dan usaha menangkap suspek sedang dijalankan.

“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Pada Jumaat, tular video menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dimarahi dan ditampar seorang lelaki.

Menerusi video tersebut, seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak berkenaan kemudiannya bertindak memeluk dan menyelamatkan anaknya itu daripada terus dipukul.-SH



Polis Buru Lelaki Tampar Anak Tiri Yang Tular Di Media Sosial [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker