“Adakah Hudud Masih Agenda Perjuangan Pas?” – Muhammad Faiz

“Adakah Hudud Masih Agenda Perjuangan Pas?” – Muhammad Faiz

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang perlu menjelaskan sama ada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu masih meletakkan hudud dalam agenda mereka atau sebaliknya, kata Anggota Jawatankuasa Amanah Nasional, Muhammad Faiz Fadzil.

Muhammad Faiz berkata, pendirian sebenar Pas wajar dijelaskan ekoran dakwaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilaporkan media sebelum ini.

“Dakwaan dibuat Muhyiddin itu adalah serius. Adakah nyawa perjuangan PAS kini sudah tiada?” katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Sabtu.

Muhammad Faiz juga berkata sebelum ini beberapa pemimpin utama Pas antaranya Allahyarham Datuk Haron Din yang menegaskan bahawa agenda melaksanakan hudud adalah ‘nyawa’ bagi parti itu.

Justeru Muhammad Faiz yang juga Adun Permatang Pasir di Pulau Pinang mendesak Abdul Hadi menjelaskan kepada rakyat apakah kompas politik PAS ketika ini.

Katanya dengan apa yang dapat dilihat orang ramai ketika ini Pas ternyata sudah mengubah agenda perjuangan mereka dan Islam bukan lagi dasar yang menjadi panduan gerakan parti berkenaan.

Keadaan itu, kata Muhammad Faiz, berlaku selepas Pas berkawan dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Malah tambah Muhammad Faiz sejak menjadi kerajaan tiada satu pun dasar Islam yang dijadikan agenda negara sama ada melalui kerajaan Muhyiddin atau Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Jangan jadi seperti Muafakat Nasional yang dikatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang nampak tidak hidup tetapi tidak mati. Hudud bukan zombi,” katanya.

Sebelum ini dalam satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina di Johor Bahru Muhyiddin dilaporkan memberitahu bagaimana Pas kini tidak lagi bercakap mengenai isu “potong-potong” sepanjang tempoh dia menjadi perdana menteri pada 2020.-AA

“Adakah Hudud Masih Agenda Perjuangan Pas?” – Muhammad Faiz

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker