Rakyat Kena Terima Naik Turun Kes Untuk Hidup Dengan COVID-19 – KJ
Rakyat Kena Terima Naik Turun Kes Untuk Hidup Dengan COVID-19 – KJ
Peningkatan kes sehingga melebihi 30,000 pada hari ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan negara masih berada dalam gelombang Omicron, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Tegas Khairy, untuk hidup bersama COVID-19, masyarakat perlu terima hakikat bahawa akan berlaku turun dan naik kes.
Namun, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, setakat ini jangkitan terhadap pesakit berada pada tahap terkawal memandangkan lebih 99.4 peratus adalah ketagori satu hingga tiga.
“Jadi, saya selalu tengok kepada angka kemasukan ke hospital sama ada kita cukup atau tidak. Saya baru sahaja bersama Pengarah Kesihatan Negeri, dan tanya Johor nampaknya ada peningkatan kes, macam mana hospital kita. Saya dapat laporan setiap hari dan ia masih terkawal.
“Maksudnya katil, ICU (unit rawatan rapi) dan alat bantuan pernafasan mencukupi.
“Sebab kita nak hidup dengan COVID-19 kita kena terima hakikat bahawa kes akan turun naik. Adakalanya meningkat dan sekarang ini gelombang Omicron, jadi saya tidak terkejut ia sampai ke 30,000 lebih,” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Gelang Patah, di sini pada Sabtu.
Berbeza dengan gelombang Delta yang melanda negara tahun lalu, beliau berkata kesan kepada jangkitan kes adalah berbeza.
“Kalau ramai masuk hospital, ramai meninggal, ramai masuk ICU, kita balik macam tahun lepas iaitu gelombang Delta, nak kena sekat sana sini.
“Tetapi saya nampak kesan dia lain sekarang dan ini pandangan daripada pakar juga yang menyatakan kepada saya,” tambah Khairy.
Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan KKM menerima sumbangan peralatan perubatan berjumlah lebih RM28 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang disempurnakan di Istana Pasir Pelangi petang tadi.
“Antara sumbangan tersebut adalah mesin hemodialisis, mesin bantuan pernafasan.
“Ini adalah atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Amat Mulia Sultan Johor yang berkenan untuk menyempurnakan pengurnian tersebut, yang akan membantu bukan sahaja Jabatan Kesihatan Johor, tetapi akan diagihkan kepada negeri lain,” ujarnya.
Berangkat sama dalam majlis pengurniaan tersebut ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.-AA
Rakyat Kena Terima Naik Turun Kes Untuk Hidup Dengan COVID-19 – KJ
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
- Mahathir semua ‘taktau’
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
- Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
- Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
- Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Leissner sogok suami Zeti
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.