Penduduk Kampung Resah Bakau Hilang Berganti ‘Pulau Sampah’

Penduduk Kampung Resah Bakau Hilang Berganti ‘Pulau Sampah’

SEMARANG: Penduduk sebuah kampung di Indonesia mengeluh apabila musim banjir membuatkan kawasan kediaman mereka dicemari kesan hamparan sampah yang terkumpul di muara Sungai Banjir Kanal Timur (BKT) Kota Semarang.

Bagaikan sebuah timbunan sampah sebesar padang bola sepak, warga tempatan di Kampung Tambakrejo, Tanjung Mas terpaksa berdepan dengan bukan sahaja pemandangan yang kotor malah masalah bau busuk dan juga ancaman kesihatan.

Sampah yang terkumpul dan kelihatan seperti sebuah pulau itu, menurut laporan Kompas.com, tidak hanya datang dari Kota Semarang, malah dari daerah lain terutama ketika musim hujan.

Setakat ini, longgokan sampah tersebut sudah setinggi 5 meter dari paras sungai, dan dipercayai semakin membukit.

Menurut ahli sebuah persatuan peduli alam sekitar, Iqbal Alm, kawasan longgokan itu pada awalnya merupakan sebuah kawasan bakau, yang memberi manfaat sebagai penampan ombak dan juga zon pembiakan hidupan akuatik.

“Namun, beberapa tahun lalu hutan bakau itu lenyap kerana projek pelebaran Sungai BKT. Kini, nelayan yang mencari hasil tangkapan di sini pasti geram kerana yang dapat hanyalah sampah,” ujarnya kepada Kompas.com.

Begitupun, perkara yang lebih buruk, menurut Iqbal adalah, kebanyakan sampah itu adalah dari jenis plastik selain pecahan kaca yang berbahaya.

Sebenarnya, komuniti tempatan dan sukarelawan mahasiswa pernah menjalankan aktiviti pembersihan di situ, namun usaha mereka disifatkan sia-sia kerana sampah baharu terus dibawa arus lalu terhimpun dan terus bertambah.

“Saya sudah sering menghantar foto dan aduan melalui laman web jabatan berkaitan mengenai masalah ini tapi tiada sebarang tindakan diambil,” katanya kesal.

Selain kesan kehilangan ikan, sampah-sarap itu juga berisiko memberi masalah kesihatan kepada masyarakat setempat. Penduduk tempatan percaya ikan yang berjaya ditangkap di kawasan itu sudah tercemar dengan mikroplastik sekali gus berbahaya jika dimakan manusia.-AA

Penduduk Kampung Resah Bakau Hilang Berganti ‘Pulau Sampah’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker