PRN Johor: Tiada Keperluan Meletak Gambar Hadi Awang Di Poster PN

Oleh Megat Terawih

Sudah mula kecoh di beberapa bilik gerakan di DUN calon PAS bertanding. Jentera perikatan nasional (PN) paling ramai diturunkan adalah dari parti PAS dan bukannya PPBM kata petugas bilik gerakan tersebut.

PAS bawa jentera dari seluruh pelusuk negara untuk pastikan kesemua calon PN menang pilihanraya negeri Johor katanya lagi.

Tambah beliau yang datang dari Kedah, gambar poster calon belum keluar tetapi gambar Muhyiddin seorang diri sudah dinaikkan dalam pelbagai saiz. Tiada satu pun gambar presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dicetak bersama ujarnya lagi.

Aura Muhyiddin sudah semakin pudar sejak kalah teruk di pilihanraya negeri Melaka. Sebelum itu, imejnya merudum sejak di paksa meletakkan jawatan perdana menteri oleh sebahagian besar ahli parlimen dari pelbagai parti.

Tambahan pula beliau hanya dilantik menjadi pengerusi majlis pemulihan negara yang turut terpalit dengan pelbagai kecaman rakyat kerana gagal melaksanakan pelan pemulihan ekonomi negara akibat pandemik covid19.

Setidaknya Tuan Guru Hadi ada jawatan bertaraf menteri, Duta Khas Timur Tengah dan berjaya membawa banyak pelabur Arab masuk ke negara kita tegas petugas bilik gerakan tersebut.

Muhyiddin sendiri pun tidak bertanding, persepsi negatif timbul bahawa beliau takut kalah. Bagaimana orang yang tidak bertanding boleh menjadi contoh kepada calon PN yang lain?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker