Rusia terus dipinggirkan, perang di Ukraine makin sengit

Lebih banyak negara meminggirkan Moscow ketika Presiden Vladimir Putin tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk menghentikan pencerobohan ke atas Ukraine yang sedang menyaksikan pertempuran sengit dengan pembedilan berterusan Rusia yang telah membunuh puluhan orang serta mencetuskan krisis pelarian.

Pencerobohan Rusia, yang dilancarkan minggu lalu, tidak menunjukkan kesan-kesan awal seperti yang diharapkan oleh Putin. Rundingan gencatan senjata yang diadakan pada Isnin gagal mencapai kejayaan dan perunding belum menyatakan bila pusingan baru akan diadakan.

Amerika Syarikat dan sekutunya berusaha untuk menghukum Rusia dari segi ekonomi kerana melakukan serangan terbesar ke atas sebuah negara Eropah sejak Perang Dunia Kedua. Mereka tmengenakan sekatan ke atas perniagaan, oligarki dan pegawai terkemuka Rusia, termasuk Putin sendiri.

Tetapi Washington menolak untuk menghantar tentera menyerang Rusia atau menguatkuasakan zon larangan terbang seperti yang dimohon oleh Ukraine, atas kebimbangan akan memburukkan lagi hubungan antara dua kuasa nuklear utama dunia itu.

Amerika Syarikat dan sekutunya sebaliknya menjanjikan bantuan ketenteraan kepada Kyiv, ketika Presiden Volodymyr Zelenskiy memberi amaran bahawa ibu kota itu berada di bawah ancaman berterusan.

“Bagi musuh, Kyiv adalah sasaran utama,” kata Zelenskiy dalam mesej video lewat Isnin.

“Kami tidak akan membiarkan mereka memecahkan pertahanan ibu negara, dan mereka menghantar pensabotaj… Kami akan menghapuskan mereka semua.”

Zelenskiy berkata Rusia, yang menganggap tindakannya di Ukraine sebagai “operasi khas”, menyasarkan loji janakuasa haba yang membekalkan elektrik ke Kyiv, sebuah bandar dengan 3 juta penduduk.

Kumpulan hak asasi manusia dan duta Ukraine ke Amerika Syarikat menuduh Rusia menggunakan bom kluster dan bom vakum. Amerika Syarikat berkata ia tidak dapat mengesahkan penggunaan bom-bom itu.

Meneruskan serangan ke Kyiv, Rusia telah menghimpunkan konvoi kenderaan berperisai, kereta kebal dan peralatan ketenteraan lain yang membentang kira-kira 40 batu (64 km), kata syarikat satelit Amerika Syarikat, Maxar.

“Saya agak pasti Rusia di luar garis masa mereka. Mereka fikir dalam masa 72 jam, mereka akan menawan Kyiv,” kata Senator Republikan AS Marco Rubio selepas taklimat sulit dengan pegawai tertinggi pentadbiran Biden.

Menurut Rusia, tindakannya bukan untuk menduduki atau menawan wilayah tetapi untuk memusnahkan keupayaan ketenteraan jirannya di selatan dan menawan apa yang dianggapnya sebagai nasionalis yang berbahaya.

Pertempuran semakin memuncak di sekitar pelabuhan Mariupol dan di bandar timur Kharkiv, yang menurut pegawai Ukraine adalah serangan artileri Rusia yang telah membunuh berpuluh-puluh orang awam, termasuk kanak-kanak. Namun sukar untuk mengesahkan jumlah yang terbunuh itu.

– Reuters

Rusia terus dipinggirkan, perang di Ukraine makin sengit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker