Polis ajar penduduk Ukraine hasilkan bom petrol
KYIV: Penduduk di sebuah bandar kecil di barat Ukraine dilaporkan bersiap sedia untuk ‘berperang’ melawan pencerobohan tentera Rusia di negara itu.
Lapor Daily Mail, beberapa persiapan sudah dilakukan di bandar Chortkiv, kira-kira 482 kilometer (km) dari Kyiv, jauh dari sempadan Rusia dan pertempuran yang meletus.
Persiapan itu antara lain membabitkan pembinaan pusat pemeriksaan di laluan keluar masuk bandar, papan tanda jalan dialihkan, lampu jalanan dipadamkan, merangka pelan pertempuran dan ratusan lelaki dikerahkan dalam unit tentera.
Malah, polis juga bercadang untuk mengajar penduduk tempatan mengenai cara menghasilkan dan membaling bom petrol yang juga dikenali sebagai kokteli shchastya atau ‘koktel kebahagiaan’
Persiapan tersebut dilakukan di bandar bersejarah itu selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan pasukan tenteranya terus mara memasuki beberapa bandar utama di Ukraine.
“Kami bersiap sedia untuk mempertahankan diri kerana kami rasa ada kemungkinan besar bandar ini akan diserang,” kata Datuk Bandar Chortkiv, Volodymyr Shmatko
Sebelum ini, penduduk Chortkiv pernah menyaksikan peluru berpandu yang dilancarkan Rusia, melintas bandar tersebut untuk memusnahkan lapangan terbang dan depot bahan api di Ivano-Frankivsk pada hari pertama pencerobohan Moscow.
Kini, bandar Chortkiv yang mempunyai kira-kira 30,000 penduduk diberi amaran kemungkinan kemasukan tentera dari Belarus untuk membantu Rusia.
“Sehubungan itu, kita perlu bersiap sedia dari semua sudut, tidak kira siapa yang datang menyerang,” ujar Shmatko.
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.